Showing posts with label tukanglawan. Show all posts
Showing posts with label tukanglawan. Show all posts

Thursday, May 3, 2012

Gambar Polis Pijak Bahu Najib



Gambar kat bawah ni mesti orang umno tengok mereka akan sangat marah, mereka akan minta orang yang pijak bahu najib itu dihukum, kerana bagi mereka najib dan rosmah itu begitu suci.

 
Anggapan orang umno, najib dan rosmah la pemberi rezeki, najib dan rosmah tidak boleh di kritik sikit pun, apa lagi dihina.

jom tgk polis pijak bahu najib.



Dah la kene pijak, kene pijak dengan kaki kiri pulak tu, mana perkasa nei, apasal tak pertahankan gambar najib tu, kan perkasa dah anggap gambar najib itu sangat suci , sama suci macam jalur gemilang.... bongok....

Ohh untuk perhatian semua, wanita yg pengsan itu ramai yg kata polis, kenapa?, sbb bila dia pengsan, polis lain datang laju tolong, bagi air dan sebagainya. sbb selama hari ini, kalau ade peserta pengsan atau apa , walaupun dah baya bapak mak kita, polis tak pernah peduli pun..

macam mana peserta himpunan kenal orang-orang yg bersama dia, polis juga kenal orang-orang dia, walaupun pakai baju bersih dan menyamar jadi peserta..

So polis ini dah pijak bahu najib, mungkin dia dah lama pasang angan- angan, masa bersih sabtu lepas niat dia tercapai.

Wajah teruja anakku berubah...


"Ummi, cepatlah Ummi, cepatlah Ummi!" Jerit Asiah girang sangat sambil menarik-narik tangan kanan saya menghala ke depan.  Tangan kiri memegang tangan Asma' yang berdiri di belakang.

"Sabarlah Asiah, perlahan-lahan, kenapa ni?" tanya saya kepada Asiah.

"Dah boleh masuklah Ummi, dah boleh masuk ke Dataran." Jerit Asiah lagi masih dalam keadaan yang sangat teruja dan girang sekali.

Masih terbayang wajahnya.

Saya masih bertahan.  Sukar juga saya mahu mempercayainya.  Namun dek kerana mahu menurutkan rasa teruja Asiah yang seolah Dataran Merdeka itu satu tempat yang bakal membebaskannya dari "kesesakan" yang ada, saya turutinya perlahan-lahan.

"Bagi laluan, bagi laluan!" Tiba-tiba kedengaran suara jeritan sambil kelihatan seorang lelaki India dengan tongkat di sisinya diusung keluar berama-ramai.  Keadaan sedikit kelam kabut.

Asiah masih menarik-narik tangan saya ke hadapan.  Bersama kami sejak awal berjalan dari hadapan SOGO ialah Atikah dan Hakim anak-anak Hatta Ramli.  Kami sentiasa beriringan dari satu tempat ke satu tempat.  Ada peluang duduk kami duduk, ada arahan duduk kami duduk walau berhimpit-himpit.

"Buka, buka, masuk, masuk!" Tiba-tiba keadaan jadi sungguh kecoh dengan orang ramai tiba-tiba bertolak-tolak ke hadapan.  Saya sudah menghidu sesuatu bakal berlaku, segera saya menarik tangan Asiah, menjerit nama Atikah dan Hakim mengajak mereka berpatah balik ke belakang.

Namun semuanya sudah terlambat.  Kami tersepit.  Semua cuba menyelamatkan diri. Ketika itulah apa yang saya jangkakan akan berlaku telah berlaku.  Kami tersepit, terhimpit.  Tidak perlu lagi melangkah.  Ditolak, ditolak dan ditolak ke hadapan sehingga tidak ada ruang lagi untuk bergerak.  Gerun, takut, bayang-bayang tragedi menghantui diri saya.  Saya tidak ingat jeritan sesiapa, hanya terdengar jeritan Asiah, sayu, sedih, ketakutan dan trauma.

"Ummi, ummi, ummi!"

Kuat-kuat saya pegang tangan Asiah di tangan kanan.  Kuat-kuat saya pegang tangan Asma' di kiri.  Pada masa yang sama, gas pemedih mata menyelubungi, kelat, kesat, ketat dada dan hidung.  Asiah terus menjerit.

Saya sudah tidak hiraukan diri sendiri lagi, tiada masa untuk menarik tuala kecil dan air menutup hidung.  Saya tenangkan diri tarik nafas.  Saya harus selamatkan anak-anak saya.  Kami masih tersepit.  Wajah Asiah sipi-sipi saya lihat tersepit.

"Tenang Asiah, tenang, jangan jerit jangan nangis." Berkali-kali saya tenangkan Asiah.

Asma' di sebelah kanan saya kelihatan sudah tumbang, jatuh, cepat-cepat saya tarik tangannya dan Asma' berjaya berdiri dengan stabil semula.

Bagaimana saya mahu menyelamata kan anak-anak saya.  Toleh ke belakang, kosong, lapang hanya gas pemedih mata memenuhi segenap ruang.  Saya harus bertindak segera dari kami terus terhimpit dan tersepit dan Asiah terus trauma.

Saya mengambil risiko itu, menarik tangan Asiah dan Asma' dan masuk ke dalam kepulan asap gas pemedih mata.  Asiah terus-terusan menangis dan menjerit.  Asiah sudah hilang kawalan diri terus, saya tidak berupaya mententeramkannya lagi.  Asiah lari lintang pukang dari saya, melepaskan genggaman tangan saya.  Saya hanya mampu menjerit namanya.

"Asiah!  Jangan lari dari Ummi, mari sini."

"Tak nak, Asiah tak nak."  Asiah terus lari.  Dari jauh saya lihat berkali-kali Asiah jatuh dan bangun.  Sambil terduduk saya lihat satu pasangan Tionghua juga duduk berteleku menyelamatkan diri dari kesesakan.  Semua orang kelihatan cuba menyelamatkan diri masing-masing dari asap gas pemedih mata yang menyesakkan.

Akhirnya setelah mengumpul kekuatan sambil tangan sebelahnya kekal memegang tangan Asma' kami berlari mendapatkan Asiah dan menyelamatkannya.  Datang seorang lelaki memberikan Asiah garam dan membasuh mukanya.  Tanpa segan silu saya merayu kepada lelaki itu, "Encik tolong selamatkan anak saya, tolonglah."

Lelaki itu terus duduk dan mengarahkan Asiah naik ke atas belakangnya.  Asiah dibawa lari ke arah kawasan lapang di sekitar bangunan DBKL.

Pemandangan ketika saya berjaya keluar dari terhimpit di hadapan kolam DBKL yang di depannya tembok sungguh menyedihkan.  Ramai yang terjun ke dalam kolam seolah tiada tempat lain untuk menyelamatkan diri.  Ramai tertunduk-tunduk dengan baju dan seluar yang hampir tertanggal untuk cuba melegakan diri dari kesesakan gas pemedih mata.

Pedih mata, pedih lagi hati ini yang melihat keadaan itu.  Suasana seolah di medan perang, walhal ianya tidak.  Kami rakyat biasa tiada bersenjata.

Dari Dataran Merdeka gas pemedih mata ditembak dan dilontarkan hingga ke Bangunan DBKL.  Peluru gas pemedih mata jatuh bertubi-tubi di sisi saya.  Kami masih tidak selamat rupanya.

"Ummi, kenapa, dia orang (polis) buat macam tu, kenapa ummi?" Berkali-kali Asiah bertanya kepada saya dalam keadaan beliau masih terbatuk-batuk dan termuntah-muntah, dalam esakan.  Sayu dan sedih betul untuk saya menjawabnya.

Bila saya gagal memberikannya jawapan, Asiah bertanya lagi "Bukankah dia orang (polis) kena jaga kita Ummi."  Saya masih mendiamkan diri dan cuba memujuknya untuk terus berjalan menyelamatkan diri.

"Sabar ya Asiah, kita jalan ke depan cari perlindungan."  Asiah masih lagi trauma dan kami cuba mencari tempat untuk berlindung.

Pintu masuk ke DBKL semuanya dikunci rapat.  Pintu cerminnya membuatkan kami dapat melihat terlalu luas ruang di dalamnya untuk kami dapatkan perlindungan.  Polis beruniform dan bervest hijau memenuhi segenap ruang di dalamnya.

Asiah dalam keadaan yang masih trauma menjerit-jerit sambil mengetuk-ngetuk pintu cermin DBKL memohon simpati agar mereka di dalam membukanya dan membenarkannya masuk.  Asiah terus mengetuk-ngetuk sambil menjerit "Bukalah, bukalah, bukalah" berkali-kali.

Saya lihat setiap wajah dan tubuh badan anggota polis di dalamnya terus berpeluk tubuh tanpa ada sekelumit perasaan simpati di wajah-wajah mereka.

"Ummi, dia orang gelakkan Asiah Ummi.  Ada polis tu gelakkan Asiah Ummi."  Sedih sayu suara Asiah.  Pedihnya hati.  Kami teruskan perjalanan menyelamatkan diri hingga terjumpa Fuziah Salleh yang memegang "gas mask".  Tanpa segan silu saya memohon meminjam dan meletakkan di muka Asiah.  Syukur Asiah kembali tenang.  Ramai yang menghulurkan garam, air serta minyak angin untuk melegakan Asiah.

 Dari kiri, Asma' , Asiah, dan Insyirah Mohd Amim.
Akhirnya kami selamat dan saya membawa Asiah pulang ke bilik penginapan sementara saya dan Asma' meneruskan perjalanan di jalanan melihat denyut perjuangan rakyat, anak muda terutamanya yang begitu kental semangat mereka. 


Saya tidak akan melupakan bagaimana gembira dan terujanya Asiah apabila kami sudah berdiri bersama ratusan ribu rakyat hampir tiba ke destinasi Bantah dan Duduk akhirnya kami telah diperdaya dengan membiarkan kami terperangkap di dalam lautan orang ramai yang kemudiannya dibedil dan dilemparkan dengan gas pemedih mata yang bertubi-tubi tanpa belas kasihan.

Anak-anak kami yang turut bersama Ammar, Asma' dan Asiah bersemangat terus dan tidak akan gentar untuk bersama lagi kerana sesebuah perhimpunan aman adalah aman hingga pihak berkuasa memulakan serangan.

Itu saya percaya dan akan terus percaya. Perjuangan ini adalah perjuangan membebaskan rakyat dari ketakutan kepada sang penguasa.  Anak-anak kami dan ribuan anak-anak lagi yang turut serta akan terus berani untuk membebaskan diri dari kezaliman.

Pesara Polis Dikasari Polis Mentah



Cerita ini dikongsikan seorang lelaki tentang kebiadapan pihak polis terhadap bukan sahaja peserta himpunan BERSIH, tetapi juga kepada orang awan, persoalannya apakah kita rasa selamat dan boleh bergantung harap kepada pihak polis yang dilihat sekarang sebagai pengawal kepada keangkuhan Najib dan KERAjaan, 

Pihak polis telah mengkhianati rakyat yang mengeluarkan wang mereka melalui cukai dan sebagainya untuk membayar gaji polis-polis ini, namun mereka telah terperangkap dalam "kegelapan akal" bila mereka menjadi perisai pemimpin zalim, artikel ini ditujukan kepada anggota polis, semoga anda semua dapat berfikir.

Polis, Anda telah diludah , kerana anda sudah mengkhianati rakyat.

Baca cerita dibawah ini untuk renungan kita semua, betapa polis kini dan dulu amat berbeza.

Saya amat kecewa dan terpaku dengan kebiadaban dan tindakan pihak PDRM membuat "search party" di Stesen LRT Bandaraya berhampiran pusat membeli belah SOGO yang ketika itu rata-rata sudah mahu pulang ke destinasi masing-masing.

Waktu itu jam menunjukkan 7.00pm, saya berserta isteri dan anak keluar dari Pasaraya SOGO kerana dimaklumkan pasaraya tersebut akan ditutup kerana faktor keselamatan. 

Kami seterusnya menuju ke Stesen LRT Bandaraya yang tidak jauh dari situ. Ketika berada di platform atas, ramai orang sedang beratur untuk mengambil "token" di mesin tiket.

Keadaan ketika itu begitu tenang dan kelihatan segelintir peserta Bersih 3.0 berpakaian kuning turut sama beratur untuk mengambil tiket untuk pulang.

15 minit kemudian keadaan disitu menjadi tegang dengan kehadiran sekumpulan anggota PDRM beranggaran 15-20 orang berpakaian uniform operasi biru gelap. Mereka menyerbu stesen itu dengan tujuan membuat "search party" bagi menangkap mereka yang berpakaian kuning. 


Apa yang menyedihkan saya, anggota PDRM tersebut tidak menjalankan tugas dengan cara berhemah dan profesional dengan orang awam yang berada disitu. Mereka memasuki kawasan itu dengan jerit pekik seolah-olah hendak menakut-nakutkan orang awam di situ yang rata-ratanya terdiri daripada golongan bekerja, wanita dan kanak-kanak. 

Macam samseng jalanan dalam filem-filem bercorak gangster, cuma kali ini ianya dilakukan oleh mereka yang beruniform bertugas untuk melindungi ketenteraman awam.

Mereka berada dalam keadaan seolah-olah hilang ingatan dan semacam dirasuk ketika "search party" tersebut. Untuk makluman saudara, keadaan disitu sama sekali tidak ada aktiviti perhimpunan. Semua orang sedang bergegas untuk pulang.

Sangat menyedihkan saya apabila beberapa anggota PDRM berbangsa Melayu menarik baju salah seorang peserta Bersih berbangsa Melayu juga yang boleh dianggap seusia dengan bapanya dengan kasar sekali.

Sungguhpun demikian, beliau tidak melawan dan memberi jawapan "dah nak balik.." dan diarahkan supaya menanggalkan baju kuning tersebut serta merta. rupa-rupanya beliau bekas anggota PDRM juga.

Beliau meluahkan perasaan kepada saya, sewaktu bertugas dahulu pun beliau tidak pernah berkasar sedemikian rupa, tidak dengan apa yang berlaku pada hari ini. Wajah kecewa beliau sangat ketara sekali.

Di satu sudut berhadapan dengan saya seorang remaja belasan tahun memakai baju jersi bolasepak Kedah turut dicekup dengan alasan berbaju kuning serta diheret keluar seolah-olah penjenayah besar. Saya amat hairan dan khuatir dengan keadaan yang berlaku ini.

 Begitu zalim dan tidak berperi kemanusiaan. Mereka seolah-olah hilang kewarasan apabila melompat naik melintasi kaunter laluan untuk ke platform menunggu bagi mencari saki baki baju kuning yang lain. Samseng berlesen barangkali.

Saya amat menghormati serta berterima kasih dengan tugas serta pengorbanan anggota PDRM, tetapi oleh kerana segelintir daripada mereka yang tidak profesional dan 'kekampungan' telah mengikis tanggapan tersebut.

Memang jelaslah bahawa negara ini merupakan "police state" acuan dan tinggalan penjajah. Apabila agama dan lunas-lunas kewarasan ditinggalkan jauh dari jiwa mereka, hanya sekadar untuk mengisi kekosongan jawatan dan cari makan..maka kesan dan akibatnya amatlah serius.

Inilah PDRM masa hadapan yang dicorakkan oleh pemerintah untuk melindungi ketenteraman awam abad mendatang. Sekiranya ini berterusan, kita khuatir budaya gangsterisma ini bakal menggugat keharmonian negara.

Persoalannya, apakah peranan Institusi Raja Berperlembagaan ketika ini hanya sekadar tunggu dan lihat diatas segala kelancangan yang dilakukan oleh sekeliaan hulubalang-hulubalang dan juak-juak mereka?

Apakah mereka tidak mengenal sejarah sebelum ini? Dimanakah rakyat disisi mereka? Apakah suara rakyat tidak laku lagi di istana-istana mewah mereka? Apakah mereka tidak akan disoal oleh Allah Azza Wajalla di atas amanah yang diberikan oleh rakyat kepada mereka? Apakah definasi rakyat ini adalah kakitangan awam sahaja dan bukan rakyat marhain seperti saya?

Wallahualam. Hanya Allah SWT sahajalah tempat kita mengadu kali ini.

Sekian. Terima kasih.

Lihatlah, betapa polis kini telah tercalar teruk, terhina kerana sikap pemimpin yang mereka cuba lindungi, Polis kamu ada hanya 2 pilihan, kembali pada rakyat atau terus diperbodoh si menteri dan mereka yang punya kepentingan. jangan sampai kamu terhina sampai ke akhir hayat kamu. kamu sendiri sudah lihat sedikit "apa yang rakyat mampu lakukan" silapnya kamu kerana melindungi pemimpin zalim, jangan jadi bodoh akur dan patuh pada arahan bodoh, apakah jasad kamu hanya robot, yang dengar tanpa dapat melawan?... dimana akal kamu,

Pukul Orang Dalam Kawasan Masjid


Didalam peperangan ada 2 tempat setahu "tukanglawan" tidak boleh dicerang atau diganggu, kedua-dua tempat ini selalunya dijadikan kawasan perlindungan.

Berbalik kepada cerita himpunan bersih tempoh hari, "tukanglawan" telah diasak untuk melarikan diri ke kawasan masjid, sesampai disana ramai peserta telah menjadikan kawasan masjid itu sebagai kawasan untuk selamatkan diri.

dengan perit dari gas pemedih mata, kami berkongsi-kongsi garam dan sama-sama menggunakan pili air untuk menghilangkan kepedihan. malangnya kuat kesan gas pemedih mata itu, masuk sehingga memenuhi kawasan masjid tersebut.
lebih malang bila waktu asar, pihak polis tanpa hormat telah menganggu jemaah yang sedang bersolat, mereka membunyikan lonceng , terpekik terlolong sehingga perbuatan mereka menimbulkan kemarahan ramai.

Pada saat orang sedang berjamaah juga pihak polis telah menembak gas pemedih mata, asap dari tembakan tersebut telah masuk ke kawasan masjid, menyebabkan jemaah yangs edang solat mengalami kesukaran bernafas dan terbatuk-batuk.

apa yang paling menyedihkan, anggota polis yang memberi arahan (tukang bunyi lonceng)dan 2 lagi anggota diatas trak tersebut "tukanglawan" percayai beragama islam, (mungkinlah, sbb muka melayu)

Tak apalah itu satu hal, kalu mereka memang tidak pandai menghormati orang ytang sedang solat, semoga ALLAH membuka hati mereka. takut nanti apabila saat nyawa mereka sedang ditarik, terbayang semua khianat yang telah mereka lakukan. saat itu menyesal sudah tiada gunanya.

Di bawah ini , "tukanglawan" nak kongsi satu video untuk anda, lihatlah kebanyakkan polis mentah ini bersikap kurang ajar di kawasan masjid, Video ini diambil di Masjid India, dipercayai ianya berlangsung setelah himpunan itu tamat.

Sama seperti kisah "search party " di stesyen LRT yang "tukanglawan" kongsikan sebelum ini (baca sini)ini juga operasi "serach party" tapi mereka menyerang sehingga dalam masjid, "tukanglawan" percaya ada antaranya sedang duduk rehat setelah selesai solat, malah mungkin ada yang sedang berehat sambil menunggu waktu solat seterusnya (Maghrib).

JOM lihat



Persoalannya mengapa ini tidak keluar di TV umno?, apakah perbuatan polis ini sama seperti yang dilakukan tentera zionis pada penduduk Palestin?.

Dan lagi persoalan lebih penting, mereka ini diajar mengguna kekerasan dan serangan fizikal pada peserta himpunan, namun tidakkah mereka ini diajar menghormati masjid, apakah mereka ini dididik dengan nilai agama?, jika tidak, ketahuilah mereka sudah tidak boleh kita harapkan lagi.