Wednesday, May 2, 2012

Pasca demo: Bersih 4.0 atau revolusi (2)

Oleh: MSK
Gagal atau berjaya?
Ramai yang bertanya soalan..”adakah Bersih 3.0 berjaya atau gagal?”. Ini soalan subjektif dan jawapan pun bergantung kepada sapa yang menjawab.
Dari segi meningkatkan kesedaran, yang tu aku kira berjaya. Jumlah kehadiran jauh lebih ramai malah melepasi jangkaan. (Aku faham, bila Bersih 3.0 menetapkan sasaran 500,00 orang, ia hanyalah sasaran saikologikal. Macam cakap Mat Sabu, “Bersih 4.0 akan menghimpunkan sejuta orang. Itu cuma cakap-cakap nak menaikkan semangat.). Hakikatnya, Bersih 3.0 dapat menarik hampir 400,000 orang diseluruh dunia untuk mengambil bahagian.
Ada yang kata, 400,000 orang itu hanyalah minoriti kalau dibandingkan dengan 13 juta pengundi dinegara ini. Majoriti daripada rakyat tak suka dengan demo macam ni. Terpulanglah kalau depa nak cakap macam tu.
Tapi..dalam mana-mana kebangkitan rakyat, jumlah yang bangkit tak ramai. Revolusi Oren di Ukraine digerakkan oleh sejuta rakyat yang berkumpul di Kiev. Kumpulan sejuta ini juga boleh dikira minoriti kalau dibandingkan dengan 46 juta rakyat Ukraine.
People’s Power di Filipina juga digerakkan oleh sejumlah kecil rakyatnya..tapi masih mampu menumbangkan kerajaan Marcos. Begitu juga dengan Arab Spring, pihak yang memulakan kebangkitan menentang Hosni Mubarak hanyalah satu kumpulan kecil.
Jadi, walaupun dalam media perdana memperkecilkan jumlah kehadiran peserta Bersih 3.0, hakikatnya mereka juga takut bila melihat rakyat yang turun lebih ramai dari Bersih sebelumnya.
Sapa untung sapa rugi?
Ini bukan soalan ekonomi. Kalau ikut ekonomi, ada untung ada rugi. Syarikat bas, KTM, Petronas, Shell, Caltex, Esso, dan apa saja yang bersangkutan dengan pengangkutan, semua untung. Penjual air mineral pun untung besar.
Aku suka tengok untung rugi politik.
Dalam Bersih 2.0, BN menjadi “bad boy.” Semua orang kutuk cara BN mengurus Bersih. Hishamuddin pun sampai menitahkan bahawa Bersih 2.0 haram.
Tapi kali ini, BN cuba jadi “good boy”. Hisham pun kata ..”No problem”. Tapi kali ini yang jadi “bad boy” ialah Polis dan Datuk Bandar.
BN tak mau dilihat sebagai pemerintah kukubesi. Depa cuba untuk menunjukkan imej sebagai kerajaan demokratik dengan membenarkan perhimpunan Bersih. Tapi bila tengok macam mana cara polis mengurus perhimpunan itu, aku nampak bahawa BN lebih teruk dari dulu.
Aku selalu kata, bahawa Najib lebih brutal dari Perdana Menteri sebelum ini walaupun dia nampak kool. Rakyat Perak tau sebab depa dah merasa. Najib akan tunjuk bahawa dia cukup bagus dan kool, tapi dibelakang, dia akan menggunakan apa saja untuk mencapai hasratnya.
Kalau diperhatikan dalam media internet, sampai hari ini masih banyak lagi cerita-cerita tentang kebrutalan polis. Terutama dari kumpulan anti-Umno. Tapi tak banyak yang kutuk BN. Masing-masing menyalahkan polis..bukan BN.
Ini bahaya untuk negara. Kalau rakyat bangkit menentang BN, dan BN jatuh, negara masih selamat kalau polis masih dihormati. tapi kalau rakyat bangkit menentang polis..yang tu bahaya. BN sebenarnya membahayakan negara..tapi Najib peduli ka?
Setiap peserta yang dipukul akan balik bercerita kepada keluarga. Kebencian terhadap polis akan menjadi viral dan kalau jumlah yang membenci itu menjadi majoriti, negara dalam bahaya.
Adakah BN akan mendapat keuntungan politik dari Bersih 3.0 ini? Aku rasa tidak. sebaliknya orang akan rasa lebih meluat. Ini disebabkan mereka yang hadir dalam Bersih 3.0 ini kebanyakanya anak muda yang masih fresh. Mungkin masa Bersih 2.0 dulu, depa masih bersekolah.
Graduan Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 sudah jadi hardcore, dan graduan Bersih 3.0 sudah pun lulus dan sudah pun tau bahawa sistem pemerintahan negara perlu diperbaiki.
Apakah Bersih 3.0 menguntungkan Pakatan Rakyat?
Aku juga tak fikir Pakatan Rakyat mendapatkan keuntungan politik dari Bersih 3.0 ini.
Semuanya berjalan lancar dan sepatutnya berakhir apabila Ambiga membuat pengumuman supaya bersurai. Tapi..video yang menunjukkan Anwar memberi isyarat kepada Azmin untuk memecah halangan menghancurkan imej positif sebelumnya.
Tak kira la apa maksud isyarat tersebut..sama ada untuk berbincang atau berpakat atau apa saja alasannya, ia dipergunakan sepenuhnya oleh media arus perdana untuk menghancurkan imej Bersih. Bersih jadi kotor dengan tindakan Anwar dan Azmin. Depa boleh bagi apa saja alasan, tapi seperti yang pernah aku cakap dalam konvensyen media Penang dulu, “People will trust visuals more than words.”
Kalau dalam Bersih 2.0 dulu, Tian Chua terpaksa membela dirinya, sekarang Anwar dan Azmin pula yang terpaksa membela diri.
So..sapa untung sapa rugi? BN tak rugi tapi tak juga dapat untung. Polis rugi banyak dan imej polis jatuh teruk malah diberikan label sebagai “bad boy”.
Bersih 3.0 untung banyak sebab berjaya menarik lebih ramai peserta diseluruh negara. Hakikat bahawa semua perhimpunan ditempat-tempat lain seperti Penang, Ipoh, Melaka, Sibu dan Kota Kinabalu semuanya berjalan dengan aman menunjukkan bahawa peserta Bersih tau apa matlamat mereka untuk turun.
Pakatan Rakyat gagal menggunakan kesempatan ini untuk meraih sokongan, sebaliknya tumbang digarisan penamat.
Satu lagi perkara yang menarik ialah tentang penyertaan yang terbelah dua.
Apabila Bersih 3.0 diumumkan untuk dibuat diseluruh negara, ada perbezaan pendapat disitu. Akhirnya, semua ahli parti diarahkan untuk turun ke Kuala Lumpur dan yang tinggal dinegeri-negeri adalah mereka yang bukan ahli parti. Apa yang jelas, peserta bersih diperingkat negeri kebanyakannya adalah mereka yang tidak berparti ataupun hanya sekadar penyokong parti, manakala yang turun di KL adalah mereka yang hardcore parti.
Kehadiran luarjangkaan diprogram-program Bersih 3.0 negeri sepatutnya diperhatikan oleh kedua-dua BN dan PR. Kehadiran mereka yang ramai sudah pasti menyebabkan BN rasa takut, tapi dalam masa yang sama..belum tentu ia boleh diterjemahkan sebagai sokongan kepada PR.
Nampaknya… PRU 13 mungkin ditangguh lagi.

No comments:

Post a Comment