Tuesday, May 1, 2012

Demo : Pengalaman saya.

Awal. 
9.30 aku dah ada kat sini. Aku tengok orang memang ramai. Ada yang berjalan kaki dari jalan duta. Aku taktau kenapa tapi ia bukan satu perjalanan yang dekat kalau ko jalan kaki dari duta ke dataran der. 
Kat masjid jamek orang dah start ramai..

Anak muda bersama bersih 3
Orang semakin ramai walhal baru pukul 10 lebih kurang. Aku ikut rakan2 wartawan. Saja tengok cara dorang cover isu.

 Makcik neh kuning tapi slack dia pakai beg pink tue.. hehhehe..

Jalan belum penuh. Masa neh jalan masih dibuka untuk laluan kenderaan awam.
Lepas tue crowd semakin ramai. Tengok seven E penuh sesak dengan orang
Team demi team muncul. Setiap kali team muncul kita sorak.. Geng2 wartawan aku tengok berpecah2. Ada yang mara ke depan, ada yang pergi naik tempat tinggi. Macam tue rupanya dorang buat kerja. Ekekeke..

Anti lynas mai. Bukan dari klcc oke. Yang dari klcc lewat sket combine sini.

LYNAS, please get out from malaysia..

Mekdi crowded. Gua dah bengang time neh. Ke seven E penuh, ke mekdi penuh, ke burger king err maleh gua tak layan sangat restoran tue.. tapi penuh gak sama macam neh..

Orang semakin ramai memenuhi lrt masjid jamek.. lokasi berkumpul.

CM dari jarak jauh. Penuh. Orang2 dari CM mai sini. Ambiga kat sana masa tue. Tapi sana sini memang crowded. Wartawan kat sini pun ada.
Ramai mula memasuki masjid. Sejurus azan dilaungkan, terus solat ramai2. Luar, dalam, masjid. Masa neh gua panjat bumbung. Follow wartawan. Gile kaw tak boleh bernafas dah aku. Ramai gile manusiaa.. Steady tengok wartawan naik atas tangkap gambar dari sudut atas.

Hadirin dari CM.. berkumpul dan semakin merapati geng2 bersih kat masjid jamek.

Mana pula wayar USB handphone aku? Dah lesap. Aku nak upload gambar ketika seme dah berkumpul dari sisi lain. Alamak aii. Nanti aku upload sini.

Lepas dah sesak penuh padat aku nak cabut kejap. Pergi surau pudu. Aku takley lompat masuk ke masjid jamek. Lepas tue aku patah balik. On the way terus ke dataran. Aku terserempak dengan beberapa makcik. Dia cakap polis buat kerja gila. Dia serang orang. 

Aku terserempak dengan ramai orang. Aku tanya. Macam2 jawapan aku dapat.

Polis bantai orang.

Polis tangkap pompuan.

Polis tembak water canon.

Polis baling teargas.

Polis heret orang.

What happen? Kenapa polis serang orang? Dah gila ke? Aku jalan depan dorang seme berundur lari. Ada juga yang tak lari. Dorang lepak satu sudut. Bukan seme kena serang oke. Maksud aku bukan seme keadaan seperti seme orang kena serang. Orang2 yang kena serang neh rupanya lari dari dataran. Aku baru tahu selepas tue.

Walaupun belum kena teargas tapi aku dah sesak nafas. Bau dia sangat kuat kat orang2 yang kena serang. Makcik2, pakcik2, uncle, auntie, seme cukup. Orang OKU pun ada. Seme lari walaupun guna kerusi.

Last aku lepak satu sudut. Dengar citer dulu. Dorang cakap ;

POLIS bagi kebenaran untuk masuk dataran. Jadi dorang masuk. Lepas masuk, polis serang. Ini info yang aku awal2 dapat. Jadi aku confused. Aik, polis dah bagi izin napa polis serang? Celaka. Kita seme maki polis kat situ.
Lepas tue polis mai. Trak dia pun mai. Apahal? Seme kena. Kami tak buat apa2 oke. Asap datang dari atas. Aku ingat dari helikopter. Sebab masa tue aku nampak helikopter berlegar2. Lari lagi macam orang bodoh. Dah lah takde warning. 

Apa pula salah kami disitu? Aku tak nampak pun sesiapa langgar arahan atau melakukan provokasi kepada polis. Tapi kalau dah tiba2 kena serang lepas tue apa? Takan nak kami diam2? Kena maki memang normal lah.

Memang ada orang baling botol. Baling kayu. Baling plastik. Baling pasir. Baling macam2 sampai aku tak tau apa benda dorang baling. Ada orang cakap jangan. Unit amal pun datang cakap jangan. Dia tolak seme orang berundur ke belakang tapi dia kena tolak balik. Dia sorang. Datang lagi geng unit amal. Suruh bersabar. Sabar? Nak buat apa sabar? Tiba2 jek polis serang perhimpunan aman? Ko gila ka?
Lepas tue situasi kembali memuncak.
Lari seme lari. Ada trak lah pula. Pakcik tue cakap ada orang mati. Lepas tue uncle cakap polis bunuh orang. Lepas tue makcik cakap ada dua orang mati kena bunuh. Lepas tue datang lagi pakcik cakap remaja kena belasah. Seme yang lari bawa pelbagai citer. Versi banyak. Aku tak salahkan versi. 
Versi neh pelbagai sebab mereka berdiri dari sudut yang berbeza. Versi adalah benar berdasarkan andaian mereka pada ketika itu walaupun secara moral, salah menyebarkan versi yang tidak sahih tanpa memberitahu kepada individu2 yang dengar versi tersebut bahawa kisah tersebut adalah tidak sahih. 
Aku jadi bengang gak. Aku dah tak larat dah. Kejap ke depan kejap ke belakang. Dorang cakap fru ada kat depan nak serang. Aku nak ke depan atau ke belakang?
Aku duduk kejap. Fikir. 
Better aku patah balik pergi masjid jamek je lah. Aku patah balik. Polis kejar orang sana sini. Aku dah pening kena teargas dari atas tadi. Selepas berfikir dengan teliti aku rasa teargas tue pun bukan dari atas bangunan.

Dorang tembak, mungkin dia kejar dan tembak benda alah tue sampai ke tempat aku berdiri. Kalau betul lah polis kejar so tak hairan juga kalau teargas boleh sampai ke tempat pendemo yang tak buat apa2. Boleh fikir tak apa perasan bila benda tue datang depan ko dan ko tatau apa2 ketika itu? Good. Seme lari macam orang bodoh.

Sekarang yang aku faham ialah polis dah bagi warning kat dataran. Sekarang, ketika tulis benda neh. Ketika kejadian aku tak faham apa pun. Tapi dia expect warning dia tue semua orang yang belakang2 dengar kot. Lepas tue dia pergi balon semua orang tak kira sapa pun. Itu tindakan yang salah.

Oleh kerana yang merusuh tue orang2 di dataran maka orang2 disitu je lah ko halang. Yang tak lepasi dataran ko takde hak nak balon. Sebab kami tak langgar apa2. Kami apa pun taktau sebenarnya. Kami lagi kelam kabut tengok orang lari. Bertambah2 kelam kabut bila ada pendemo cakap ada orang mati kena tembak apa seme. Boleh fikir tak macam mana situasi kami di belakang neh? 

Aku tanya setiap orang kat situ. Aku tanya dan aku dengar macam2 jawapan. Aku tengok macam2 situasi. Pakcik makcik uncle auntie seme kena. Seme kena. Walaupun tak buat apa2 tapi seme kena oke, seme kena. 

Lepas tue unit amal lalu. Dia cakap, kita bagi arahan seme bersurai. Kita taktau kenapa polis serang. Aku dapat SMS tapi tak baca. Mase neh kepala aku sakit. Aku tersedut teargas tadi. Asalnya sebab ada pompuan tue dia taktau yang kena tutup hidung. Aku tolong dia blah dan suruh dia tutup hidung tapi aku sendiri lupa tutup. Demm.

Time neh aku boleh cakap seme jalan berselerak. Aku masih binggung. Rasanya aku dah nampak motif serangan di sogo. Seme neh berkait dengan dataran. Tapi aku tak kata keganasan itu betul. Cuma masing2 ada emosi yang berbeza. 

Kalau seorang buat provoke, kemudian orang lain nampak dan ikut pula tindakan tersebut ia akan berjangkit. Itulah sebenarnya yang berlaku di sogo. Palitan emosi + dendam + di provoke = chaos. Aku tak menyokong apa2 tindakan dari mana2 pihak bila ia melibatkan keganasan. Bersih ialah demo aman dan ia harus kekal begitu.
Aku lihat dengan jelas video fmt bahawa unit amal sendiri larang jangan rempuh dataran. TV3 biol bodoh cakap unit amal ketuai team provoke? G matilah kaw tv3. Seterusnya siapa yang benarkan korang sendiri boleh lihat kat sini. Korang boleh bagi sejuta alasan. Satu ratus juta pula. Tapi jangan paksa orang menerima alasan korang. Sebab orang cenderung terima fakta.

1. Tangan individu yang tidak dikenali bagi isyarat cakap jangan. Dia maybe cakap kat azmin jangan rempuh. Atau dia cakap kat peserta2 bersih. Dia tatau yang azmin sedang menerima isyarat tangan dari dsai.

2. Unit amal bagi arahan jangan rempuh. Semua anak panah tue menunjukkan mereka2 yang cakap jangan masuk, jangan rempuh, jangan terus mara. 

3. Ketika neh polis dah berundur. Ini belum sampai betul2 depan dataran oke. Ini baru jalan masuk ke dataran.

4. Yang langgar dataran ialah lelaki bawah neh oke ;

Siapa dia? Aku taktahu. Siasatlah sedalam dalamnya. 

5. Ikhlas pandangan aku ialah kalau mana2 pimpunan nak suruh orang langgar undang2 / rempuh atau apa sahaja, mana2 pimpinan patut turun dari situ dan langgar dulu. Bersama2 rakyat kena balon. Bukan dok atas kereta lepas tue cabut. 
6. Ikhlas aku cakap juga betapa aku respect chegubard. Dia ikut saf rakyat. Aku takmo puji lebih2 sebab sikap tue memang wajar ada pada pemimpin kalau takde toksah berangan jadi pemimpin der.
Bersih neh perhimpunan aman. Ambiga dan A.Samad Said tak suruh langgar pun. Jadi arahan dari dsai tue tak valid dan tak boleh larh nak anggap bahawa itu arahan dari jawatankuasa bersih kepada peserta bersih.
                                         Kami aman sebelum dsai bagi isyarat tangan kat azmin.




                                                        Unit amal jadi mangsa. Mereka bertungkus lumus menjaga kami semua. 


Dsai patut turun bawah. Turun dan tendang penghadang tue sendiri. Tunjukkan keberanian, yang bagi isyarat kat orang buat apa? 

Lepas tue ada pula cakap dsai suruh berunding apa seme. Maaf cakaplah. Suruh berunding tapi siapa? Rakyat? Bukan kah dia yang kena berunding bagi pihak rakyat? Baru lah logic. Last2 sapa jadi mangsa keadaan?

Last2 sapa kena bantai? ==> rakyat.

Sapa kena teargas? Watercanon? Peluru hidup? ==> rakyat.

Sapa sakit? ==> rakyat.

Sapa penat berlari kena kejar? ==> rakyat.

Sapa termakan provokasi dan bertempur dengan polis? ==> rakyat.

Dataran merdeka seharusnya menjadi tempat awam. Aku sangat2 setuju DBKL dan PDRM tak sepatutnya menghalang kami dari menggunakan dataran. Sepatutnya bila orang dah rempuh, polis balik cukuplah. Jangan dilayan mereka2 yang merempuh tue.
Kenapa tibai juga? Tibai hanya memburukkan keadaan yang sedia buruk. Tapi aku setuju dengan arahan ambiga bahawa kita tak boleh langgar arahan polis sebab demo neh demo aman. Oleh kerana itu, walaupun kita mungkin cenderung nak langgar tetap kena ikut arahan pengerusi bersih. 

Bila kita langgar, kita langgar atas kesilapan sendiri yang ketika itu didorong oleh beberapa politician. Sepatutnya mereka tak dorong, mereka patut cakap jangan dan tunjukkan isyarat tangan, jangan2.. bukan membenarkan. Kesilapan sedikit akhirnya mengundang tragedi kepada kita semua. 
Start rusuhan dari sini, ia akhirnya berjangkit dan meleret kepada insiden sogo dan masjid jamek. Hakikatnya geng2 sana memang taktau apa2. Geng2 sana mungkin dipengaruhi untuk memprovokasi. Ini termasuklah geng2 beruk atas kereta dan geng2 bawa kayu. 


                                                 Pengakuan dari Zaharin = umno totok.
Sila siasat mereka2 kat atas neh siapa dan kenapa bertindak agresif. Lebih adil siasat seme.

                                                            Ini polis india atau bangla?


Polis, video neh orang alih kawat besi, bukan rempuh oke.
 

Sampai2 je info kat aku, 2 orang mati. Kemudiannya 4 orang. Berpuluh yang lain cedera. Polis buat. Jadi seterusnya apa2 provokasi yang mungkin rakan2 kami buat samada melalui perbuatan, mulut, tangan atau apa.. ia dicetuskan kerana kami tatau apa2. Tapi sampai betul2 di masjid jamek kami sebenarnya sudah bertenang. Kami sudah berjaya bertenang dan ditenangkan. 

Tapi polis tetap bawa masuk FRU dan kejar. Lepaskan teargas. Banyak kali. Aku dari luar lari masuk dalam dan panjat balik masuk atas sebab lrt ditutup. Masa polis tengah2 plan nak serang semula, aku pergi cari port nak menyorok dulu. Kat sini ada orang yang tatau apa2. Orang awam terperangkap yang keliru. Dia tatau nak selamatkan diri dari teargas. Aku bantu dia sedikit sebanyak. Kesian gak tengok dia. Keliru tak pasal2.

Nanti aku upload gambar sebab wayar usb hilang plak. Kat mana2 ceruk tah. 

Aku ketika neh betul2 confused gile. Kenapa dia nak serang orang yang sedang berdemo aman2 ek? Kenapa dia tembak orang ek? Kenapa polis kenapa? Aku tatau pasal isyarat tangan dsai oke. Aku jelas taktau pasal tue. 

Aku marah polis bodoh. Dari atas. Keji gila nak serang kami kat sepanjang2 jalan. Ramai orang terperangkap. Tatau nak lari ke mana. Dari sepanjang2 jalan, ada yang panjat bumbung sebab nak lari dari teargas. Aku mara ke depan je macam nak separuh mati. Yang tangkap gambar tue memang respect arh dia boleh bertahan kat situ.

Bila dah berjaya tembus lrt [pintu tutup, aku masuk secara haram], aku rileks dulu. Penat seme cukup. Lepas tue ramai masuk lrt. Seme stock nak lari dari water canon. Takde pasal sebenarnya. Takde pasal langsung. Di masjid jamek apa pun takde. Tindakan menyerang kami di masjid jamek adalah kekejaman.

Dan ia berterusan. Lepas tue unit amal datang. Ramai2 halang pendemo bertempur atau membalas provokasi. Kami bertenang. Aku jenguk kat luar dari atas bumbung. Dari pudu ke jalan menuju dataran lepas tue kembali semula ke jamek adalah satu seksaan bagi aku. Letih nak mampos. Itupun aku pergi balik sogo pasal berita kereta tue. Kadang2 memang bengap juga tindakan aku neh. Demm.

Lepak tunggu tindakan polis. Ada yang tanya kenapa serang? Polis tak bagi amaran langsung. Dorang bersiap2 kan then terus tembak. Wajar kah? Sepatutnya bagi lah arahan melalui loudspeaker neh tidak asal dia nak serang terus serang. Kita lah kena pandai2 predict tindakan dorang seterusnya apa.  


Mereka nya modus operandi ialah membentuk kumpulan dan pergi ke kumpulan sasaran. Dorang suruh balik2, berpecah. Lepas tue orang lari then patah balik bila polis dah berundur. Dorang baca tue sebagai satu perbuatan melanggar arahan polis. Lepas tue dorang berkumpul terus tembak teargas. Sampai ke depan menara maybank. Ada kereta kena tembak.









Di menara maybank dorang cakap ada 8 letupan. Aku rasa kelakar gile nak kaitkan dengan bersih. Tolonglah kami tak main letup2 oke. Yang suka letup2 tue korang jek kot. Polis kembali dengan water canon. Trak tue keluar masuk keluar masuk. Maybe dia pergi serang then kembali kemudian pergi serang dan kembali.


Jalan kembali dibuka kepada kenderaan awam. Masa neh lah berita pasal kat sogo tue tersebar. Seme dok cakap benda tue. Aku dah tahu. Ingat nak gerak sogo tapi polis kat bawah tengah siap nak baling teargas dan sembur watercanon. Arhh penat. Nak lari mana larat dah. Menyesal tak makan tadi.


Lepas tue polis lepaskan tembakan. Bertubi2. Aku nak tangkap gambar tak boleh. Sebelum serang, boleh. Aku tak kuat macam sesetengah yang lain. Mereka boleh tembus asap tue siot. Maybe ada skill tertentu ataupun dah practise banyak kali. Hehehehe.

Keadaan reda pun polis serang. Tah hapa2 tah. Itu jek aku nak cakap. Berkumpul semula penuh masjid jamek. Ramai balik sebab dah letih. Unit amal sampai suruh balik. Katanya demo dah lama habis. Tapi dorang takmo sebab nak langgar dataran. 


Unit amal nasihat. Balik lah. Polis datang. Dorang provoke polis. Unit amal cakap jangan. Aku pun cakap jangan larh der. Kali neh dah turun ke bawah. Atas jalan. Aku nampak ramai pendemo bersihkan kawasan dan jalan. Aku tengok tapi tak tolong. Aku cari kedai.


Aku beli air then aku tanya tokei kedai. Best tak meniaga? Dia senyum. Orang lain pun tanya. Dia jawab untung banyak. Dari tadi tak tutup. Walaupun polis tengah serang dia tetap buka, steady. 


Aku keluar nampak geng2 pendemo letak sampah kat tepi tong sampah. Salute. Nak buang dalam tong sampah dah penuh der. Lepas tue ada uncle india lalu. Dia bercakap sorang2 kot, kereta polis kena baling batu. Aku tanya. Dia bukan nak jawab. 

Makcik lain yang jawab. Bagitau, polis langgar seorang remaja dan dia dah mati. Tatau polis tue terlanggar atau sengaja langgar. Aku masa neh dah buka badge bersih. Dah tak larat nak lari dah. Pergi sogo lepas tue balik. Masa balik jumpa kereta yang kena tembak. Macam citer kat atas tue. 


Sebelum tue aku masuk lrt. Polis tak bagi. Tapi apatah alasan yang aku bagi aku pun tak ingat. Mungkin sebab dah penat sangat. Turun bawah ke putra-lrt macam nak pengsan. Penuh dengan bau gas. Cabut. Naik atas. Lagi keji. Station tak berjalan dowh. Jalankaki la aku ke puduraya.


Orang masih ramai tapi aku dah nak pengsan. Aku masuk pudu lepas tue dengar lah beberapa orang bercakap pasal bersih2. Nasib baik aku penat. Kalau aku tak penat aku akan cakap apahal? Macam di lrt. Bila ada pompuan dok cakap apa bersih2 neh. Sekali aku tanya hah apahal? Apa ko nak tahu? Diam pula dia. 


Aku bukan cari gaduh oke. Tapi kalau dia berani sembang kencang pasal bersih napa tak jek berbual2 dengan orang yang support bersih? Kalau dengan dedua kawan dia baik toksah. Tak berkembang info dia pasal bersih. Betul tak?


Tamat. Sampai di pudu bergerak ke tbs kemudian ke duta. Aku ada update blog. Tue time aku nak balik. Aku jenuh tunggu. Elok aku buka internet. Kemain penat sebenarnya. Tapi nak tidur kang betul2 jadi cam rumah aku. Aku dah larh jenis slumber ada-aku-kesah? 


Kesimpulannya demo bersih neh berjaya. Berjaya bagi aku sehinggalah isyarat dsai memusnahkan segala-galanya. Dia mungkin ada alasan yang lain. Tapi video membuktikan hal sebaliknya. Ingin aku jelas, jelaskan dengan ikhlas. Ketahuilah, kita memang ada musuh yang sama tapi kita belum tentu mempunyai kaedah yang serupa. Bai.


Ameno : Polis, apa salah saya? Saya patuhi seme arahan oke.

No comments:

Post a Comment