Dr Muhaimin Sulam
1. Tahun 2011, aku tidak join Bersih di Kuala Lumpur. Aku join di
London. Di London, berarak dari Kedutaan Malaysia hingga ke Trafalgar
Square. Berarak dengan perhatian polis London Metropolitan yang menjaga
keselamatan kami.
2. Tahun ini, aku, Najihah, Nabilah, Hir,
Norsi (anak saudara) dan anak-anak remajanya Ajwad dan Haris join Duduk
Bantah Bersih 3.0. Norsi ambil Nabilah di UIA. Hir ambil aku dengan
Najihah di Hentian Duta. Bertemu di Bangsar dan terus menuju ke Masjid
Negara.
3. Isteriku nak ikut. Tapi kena duty di sekolah. Kami
tugaskan untuk pantau berita terkini dari internet. Mudahlah kami dapat
berita.
4. Jalan ke Masjid Negara ditutup dan dipendekkan
cerita, kami akhirnya sampai di Masjid Jame'. Dari LRT, kami boleh lihat
lautan kuning sudah membanjiri Jalan Tun Perak dan T.Abdul
Rahman.Adalah sikit berani pakai T'shirt Bersih. Dulu, t'shirt itu
setaraf dengan barangan lucah, merbahaya dan terlarang. Sesiapa memiliki
boleh ditangkap, dilokap atau disepak.
5. Jumpalah orang
kampong, kawan lama, cikgu aku dan paling seronok - jumpa student
sendiri! Rasa tak sia-sia aku ajar diaorang kat universiti. Aku
memanglah tak ajar direct. Aku macam orang Melayu biasa, banyak berkias,
berpantun seloka. Hanya jauhari sahaja mengenal manikam. Tak kusangka,
rupa-rupanya ada ramai jauhari dalam kelas aku!
6. Solat Dzuhor
di Masjid Jame macam solat Jumaat akhir zaman. Orang terpaksa
sembahyang di luar yang melimpah ruah. Perut lapar, ada restoran yang
memang bijak berniaga. Siapa kata demonstrasi menyebabkan kerugian
kepada peniaga. Sudahlah murah, sedap pula.
7. Perut sudah
kenyang, kita bolehlah enjoy dan nyanyi kuat lagi. Kita bukan nak
marah-marah. Kita nak menuntut satu pilihanraya yang adil dan bebas.
Melayu, Cina, India ada. Yang tua, yang muda. Semua ada. Frederick,
student aku dari Sarawak yang Iban itupun katanya nak join. Laut Cina
Selatanpun, rela kurenangi.
8. Alang-alang sudah di situ, kami
mara ke Dataran Merdeka. 10 minit berada di barrier, kami bersesak macam
nak buat tawaf pada malam 27 Ramadhan. Sesak gila. Kami beredar menuju
ke Jalan TAR. Untung badan Hir besar, mudah buat laluan untuk kami
mencelah meninggalkan kesesakan yang amat. Nak bernafas pun macam tak
dapat.
9. Akhirnya kami sampai di betul-betul di muara Jalan
TAR. Barulah dapat oksigen. Ada orang berdiri atas kedai. Barangkali nak
tengok suasana yang lebih menyeluruh. Saksi penting.
10. Tak
sempat nak rasa nak bernafas segar, aku tengok air sudah disembur oleh
water canon FRU. Bau gas sudah datang. Mata mula terasa pedih. Lari!
Lari! nak lari macam mana, sesak gila ni! Kamipun bersabar, bergerak
undur dalam orang yang berpusu-pusu sesak. Aku lupa nak bagitau diorang
(Najihah, Nabilah, Norsi, Ajwad dan Haris), ini gas pemedih mata. Tapi
aku rasa, diaorang tau sendiri.
11. Tiba-tiba, satu tong gas
sudah jatuh betul-betul di celah kaki aku. Aku pandang bawah, asap naik
atas berkepul-kepul. Terhidu. Aku dengan diorang berteriak, menangis dan
menjerit. Aku tau suara diorang. Tapi asap sudah tebal. Tangan aku
sudah terlepas dari gengaman mereka. Aku tak nampak mereka. Mataku sudah
berair. Nafas kuterasa pendek.
12. Orang berlari yang boleh.
Aku tak boleh. Anak-anak aku sudah hilang. Aku tak tau Norsi dengan
anak-anaknya. Aku tak kisah dengan Hir. Dia orang muda dan ada
pengalaman Bersih 2.0.
13. Aku patah balik tempat gas pemedih
mata tadi jatuh. Najihah dan Nabilah sudah terduduk di lantai. Terbatuk
dan nangis. Sekilas kusambar tangan mereka dan tarik keluar. Tangan
kanak kiriku tarik mereka menuju ke arah Masjid India. Di celah-celah
gerai itu, aku keluarkan botol air dan garam. Makan garam tu. Ambil air,
minum. Aku tak tau nak arah lagi tapi diaorang sudah faham apa yang
kena buat.
14. Orang lari tapi tak boleh laju-laju. Mata tidak
dapat memandang. Terasa semacam hilang kudrat untuk bergerak. Barangkali
semangat sahaja yang menyebabkan aku gagahkan diri. Terasa macam nak
muntah. Tapi Najihah sudah termuntah-muntah. Matanya merah. Suara orang
menyumpah, tangis sakit, jerit suruh lari berbaur-baur menambahkan
situasi tertekan sekali.
15. Norsi tanya, mana anaknya, Haris.
Dalam keadaan kelam kabut begitu, apapun boleh terjadi. Dia sudah cemas.
Aku yakin Haris mungkin lari ke depan lebih cepat daripada kami. Betul.
Kami jumpa dia terkial-kial sendiri di hadapan Masjid India.
16. Sakit, pedih, letih, loya dan seribu satu rasa belum lagi hilang.
Namun, suara FRU dan Polis mengejar kedengaran. Aku mengajak mereka
bergerak ke hadapan lagi. Kita bukan nak bertempur dengan FRU dan Polis.
Kita cuma nak menyatakan hasrat yang terkandung dalam Bersih 3.0.
17. Itu satu bab yang aku dan kami pelajari daripada Universiti Bersih 3.0 pada 28 April 2012. Belum tamat, aku cerita lagi.
No comments:
Post a Comment