Thursday, May 3, 2012

Kenali Puak-puak Berkecuali pada hari 428 - Bersih 3.0 (Part 3 of 3)

 Bukan semua yang sokong atau anti Bersih pada hari itu. Ada juga yang neutral. Siapa diorang ni?


Puak-puak Berkecuali





1. Puak Reporter Jadian

Tiada siapa suruh diorang pergi sana, tapi diorang nak pergi jugak. Kononnya tak sokong mana-mana pihak tapi join perhimpunan sebab nak tengok dengan mata sendiri. Sukarela buat kerja wartawan tanpa gaji. Dah tahun 2012 semua orang ada smartphone.  Senang je, boleh buat live update yang lebih pantas daripada televisyen. Line telefon dan internet ok je pada hari tu (ada juga yang kata takde line coverage, banyak lokasi, mungkin tak sama dengan tempat kami). 

Banyak sangat reporter jadian hari sabtu lepas. Dalam banyak-banyak report nak baca, puak ni punya la kami rasa paling tak berat sebelah. Kalau korang rajin - boleh pergi sini, mamat ni @abelljefrry tweet pengalaman dia kat Bersih 3.0 dari mula sampai habis. Dia dah kumpulkan semua tweet dia dalam link yang kami bagi tu.

Isyarat tangan pemimpin PKR? dia dah tweet awal-awal lagi sebelum korang semua sibuk cari kat Youtube

2. Puak mangsa keadaan

Tak semua orang yang ada kat KL hari tu pergi join perhimpunan. 

- Ada yang kena datang kerja. 
- Ada yang nak bernikah di Masjid Negara pada pagi Sabtu tu. Ya, wakil BlogKencang ada di situ (sebab tu ada kat KL). Kencang kan boleh nikah kat Masjid Negara time orang Bersih tengah berkumpul kat sana hahaha. Pergi mamps la. (Masa tu okey lagi, masih suasana karnival. Petang tu polis dah tak kasi masuk Masjid Negara)
- Ada juga pelancong asing yang terkejut keluar hotel tiba-tiba nampak orang berkumpul atas jalanraya. 
- Kami yang tengah makan tengahari (lapar sebab  kenduri tengahari delay ke malam, Bersih punya hal la ni), terkejut bila tiba-tiba crowd yang ramai muncul di tempat kam di Jalan Raja Laut. Pemandangan  macam dalam cerita Lord Of The Rings.



View dari tempat kami memerhati (kamera handphone kami)


3. Puak tak ambik peduli


"Eh, Bersih hari ni ke?" Tiada beza untuk diorang. Yang penting, tak kacau hidup diorang. Alaa bukannya diorang mengundi pun. Puak macam ni, kami tak kawan. Boring. Lol



4. Puak sukarelawan


Pada kami, diorang ni memang hebat la. Bukan senang kot nak kerja dalam suasana macam ni. Diorang ni la yang bagi air mineral kat penunjuk perasaan (yang terus digunakan oleh penunjuk perasaan untuk baling kat kereta polis). Puak ni juga yang jadi medical team semasa demontrasi berlangsung. Diorang ni tak perlu ada kat sini, tapi diorang pilih untuk tolong. Syabas.


PBSM datang bagi air mineral percuma. Sanggup redah crowd yang mula hostile ketika ni. Beberapa minit sebelum insiden lompat atas kereta polis (kamera handphone kami)


5. Puak mat rempit

Hmmm...Mula-mula kami nak letak diorang ni dalam pro-Bersih sebab ramai juga mat rempit yang kami nampak dalam perhimpunan tu. (kalau korang taktau macam mana nak detect Mat Rempit, jangan panggil diri tu rakyat Malaysia).Tapi bila fikir, kemungkinan yang golongan ni faham perjuangan Bersih agak tipis, apatah lagi nak fikir yang diorang ni dah daftar mengundi. 

Kenapa diorang datang? Ye la, kata nak kumpul kat Dataran Merdeka kan. Kerajaan kata tempat tu DBKL yang punya, tak boleh masuk. Bersih kata, tempat itu hak rakyat, kenapa pulak tak boleh? 


Pergi mampus semua itu. Dua-dua pun SALAH ,sebab Dataran Merdeka sebenarnya milik mat rempit!!! Setiap malam minggu diorang berkumpul kat situ. Berani korang nak buat perhimpunan kat situ taknak invite diorang.

Insentif ekstra untuk mat rempit, dalam ramai-ramai tengah berhimpun tu boleh la ambil peluang baling batu kat polis. Balas dendam kena tangkap sebab race haram dulu.







Baru korang tau betapa best lepak kat Dataran tu







Sembang Kencang:
So siapa yang menang, BERSIH? Kerajaan? Pembangkang? Rakyat? Pilihanraya tahun ni memang menarik.

No comments:

Post a Comment