Sunday, April 29, 2012

Catatan - BERSIH 3.0

Oleh : AdukaTaruna

[1]
Mula2 plan nak naik ketapi. Tidur dengan memember kat mana2 kaki lima. Tapi tiket keteapi habes. Boleh naik lompat dan bayar denda. Sekali lagi tapi, member gua si kacak dagu lekuk tawar travel dengan dia. Gua setuju.

[2]
Bertolak jam 12.01 malam, 27 hb. Di jangka sampai 8-9 pagi 27 hb. Sampai Gua Musang jam 3 pagi. Oleh kerana siang tu kami bekerja dan belum rehat lagi, kami ambil keputusan tido dalam sejam. Bangun2, ngam2 sejam. Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Sungguh hebat kami.

[3]
Lepas settle apa yang patut, bertolak ke Kuala Lumpur. Jam 12 tengah hari sampai Ampang. Sepanjang perjalanan berderu sms dan panggilan masuk. Ye.. ye.. gua sampai dah. Nanti kita buat acara hasutan bersama-sama. Tidur merempat bersama-sama.

[4]
Gua terlewat gile2 ke Masjid Negara. Tapak hasutan bersama rakan2. Jam 10 malam baru bermula. Ada wakil Gerakan Mahasiswa Pantai Timur, Anas Abdul Wahab, Abu Nawas, Pyan Habib, pokcik2 dan mokcik2, Benz Ali, Hardev antara yang gua sebut. Ada la dalam 20 orang lebih.

Sampai Benz Ali membacakan sajak dan disambut perkataan 'Revolusi' oleh kami, seorang dua yang gua percaya ahli PAS masuk campur. Melarang kami melaungkan perkataan2 yang boleh mengundang kehadiran polis.

Gua cakap, kepada mereka yang tak selesa dengan aktiviti demokrasi yang kami lakukan, boleh menjauhi kelompok kami. Mamat ada tanda sujud kat dahi tu sambut dengan ayat "Kepala otak kau." Kah3.. Padan muka gua. Gua malas layan. Kang tak pasal2 gua alihkan tanda sujud beliau ke dagu pula nanti. Mujur rakan dari GEMPUR memeluk beliau dan memintanya bertenang.

[5]
Settle acara menghasut dalam kerangka demokrasi, gua menamatkan majlis. Bergerak ke Dataran Merdeka. Di sebelah kiri Dataran Merdeka jika mengadap Bukit Aman, terdapat 20-30 lelaki berambut pendek kemas, berpakaian preman dan berkasut sport. Mereka seolah2 sedang berlatih membuat provokasi dengan berjalan berkumpulan dan mengalih-alihkan kotak2 halangan.

Gua kol Topeng Perak. TPU mengatakan orang ramai berkumpul di bangunan DBKL. Tapi kena pusing jauh jalan kaki. Gua bergerak ke sana. Ya. Memang ramai. Mereka berkumpul sehingga kenderaan sesak. Dari 10 kereta, 8 kereta membunyikan hon bermelodi secara sukarela. 2 lagi muka masam pasal terperangkap di situ.

Jika sebaris melintang jalan raya itu boleh muat 100 orang secara berdiri, dengan jumlah panjang kira-kira 100 m, dengan 1 meter boleh muat 1 orang; bermakna 100 x 1 x 100 = 10 000 orang gua anggar berkumpul malam itu.

[6]
Eddy Gordo TheYellowBoutique menawarkan hotel untuk gua bermalam.

"Gua sewa 3 bilik, bro."

Gua dah berijtihad untuk bersama dengan memember studen, member bukan Islam gua, untuk sama-sama tidur kaki lima. Gua kena temankan dia mandi nanti di Masjid Negara. Di Malaysia, orang bukan Islam lebih takut penerimaan orang Islam bila mereka menumpang masjid. Mereka lebih dekat dengan gereja walau mereka bukan Kristian.

Akhirnya, mungkir ijtihad juga gua. Bila rakan dagu lekuk gua beriya2 mahu gua bermalam di Apartment Ampang Permai. Gua dah serba salah. Terpaksa ambil keputusan berlepas tanggungjawab dengan meminta member uruskan rakan2 terutama member non muslim gua tu.

Time baring nak tidur tu, rasa sedih gak. Dan rasa jauh kelayakan nak jadi yang dipersetan negara. Khahk ptuih! Tapi pasal letih sangat, rasa bersalah tu ghaib dalam masa 2-3 minit. Gua koma dalam tidur.

[7]
Bangun pagi buka fesbuk. Rakyat dah mula bersarapan berkumpulan dengan memakai baju kuning. Takda provokasi dari PDRM. Aman gile. Ekonomi rancak dengan pertambahan pengunjung di ibu negara.

Gua sms Jean Francoise.

"Takziah. Peserta BERSIH koma."

"Gapo?"

"Ho.. bangun dah. Gua ingat lu koma tadi."

Lepas siap2, kemas barang2. Park kereta di LRT Dato' Keramat. Sarapan. Naik LRT. Turun Masjid Jamek. Tu dia.... baru pukul 11 pagi. Nak jalan punya la siksa.

Gua bergerak ke Dataran sehampir boleh. Antara yang gua jumpa ialah Hazwan PKS, Ostad Najid, Ostad Ahmad Baihaki, YB Che Lah, set2 Kelate. Bendera Terengganu paling banyak berkibar di lautan manusia di Dataran Merdeka. Bendera Kedah, Johor dan ofkos Kelantan pun ada.

Then, gua nanpak Ostad Azhar Idrus. Baru gua nak tegur, rupa2nya hanyalah t shirt yang dipakai pemuda. Gua jalan dan jumpa malaun Eddy and para brothersnya, Pak Maun Jean dan si Setan Johor Fakruddin. Terus port situ.

[8]
Yang jual air paling laku kat situ. Ada satu brother cuba tunjuk dermawan. Sekat si penjual air yang guna troli.

"Siapa nak air? Siapa nak air?" Kata beliau kepada hadirin. Punya la ramai angkat tangan.

"Nah!" Nah! Sambut!" Beliau hanya beli 3 air tin. Ambiga punya mamat.

Melihatkan Jean maybe rasa kempunan, member gua si dagu lekuk tampil sebagai hero dengan memborong air. Jean yang tamak memilih Mountain Dew. Gua yang zuhud memilih air mineral.

[9]
Ramai pelancong asing yang turut serta. Menandakan betapa selamatnya proses 'revolusi' cara Malaysia. Sekumpulan bukan Melayu lalu depan kami. Bawa bunga kuning tu. Apa nama ntah. Crysonthemum ke kekwa. Ramai amoi dan awek omputih dalam team tu.

Gua, dengan bermotifkan menunjukkan bahawa gua terer cakap omputeh depan orang ramai, gua pun cakap :

"Give me your flowers, please."

Awek omputeh tu petik 3 kuntum, dan lemparkan kepada gua. Pergh.. bersorak orang ramai. Member gua si dagu lekuk jeles. Dia pun minta sama.

Jantan tak hensem yang duduk belakang petik bunga sekumtum dan lemparkan kepada member gua. Sorakan orang ramai jauh berganda dari sokangan pertama tadi. Warghhhh kah3.. Sampai yang kusyuk dengar input ulang-berulang pemimpin turut menoleh ke kumpulan kami.

[10]
Gua berfahaman, ceramah dan pidato pemimpin politik adalah benda basi. Kategori benda yang gua rasa, gua yang berada di alam maya lebih memahami dari pemimpin politik itu sendiri.

Benda-benda baru pula, pemimpin politik tidak akan melahirkan melalui ceramah dan pidato. Tetapi melalui sidang akhbar atau kenyataan media. Tu pasal gua tak ambil port dengan ceramah. Ceramah, pidato berapi2, hanyalah benda basi yang dicakap berulang2.

Gua lebih bersetuju dengan kaedah okupai yang dikaizenkan oleh mahasiswa GEMPUR. Mereka melahirkan idea2 baru melalui pembinaan ramai speaker. Jika Okupai Fahmi Reza, lebih 90% Fahmi yang menyampaikan idea. Jika ceramah, penceramah cakap, yang kat bawah angguk. Tetapi okupai GEMPUR, semua diberi peluang menyampaikan idea. Siap bertekak lagi.

Untuk bercakap tajuk ini, gua terpaksa membandingkan dengan SAMM bagi tujuan membantu tajuk [10] ini. SAMM pada gua lebih kepada pembinaan konsep pimpinan tunggal. Atas platform SAMM, mereka hanya membina Cikgu Bard. Gua belum nampak lagi mereka meninggalkan konsep pembinaan pimpinan tunggal ni.

Gua pula anti kepada konsep ini. Gua jemput Edyes SAMM dalam Radio Budu. Gua jemput wakil SAMM (bukan Cikgu Bard) dalam okupai di Pejabat PJ PAS N9. Gua jemput wakil SAMM dalam acara hasutan (Himpunan Warga Internet malam BERSIH). Tapi hanya di Radio Budu dulu sahaja SAMM ada wakil. Yang lain, mereka lebih bergerak kepada konsep pembinaan pimpinan tunggal.

Malam A ada acara Cikgu Bard, maka kesemua SAMM akan berada di situ. Yang pegang healer, yang jadi bodigat, etc. Gua rasa tugas tu tak perlu digerakkan hampir keseluruh kekuatan SAMM. Gua tak suka benda bonzai dan kaku.

[11]
Menjelang jam 2 petang, demo BERSIH kekal dalam landasan aman. Takda unsur2 dramatik dan klimak. Gua ambil keputusan bergerak keluar dari peserta. Gua target jam 6 petang perlu bertolak pulang ke KB. Kena ambil LRT sebelum peserta demo bersurai.

Tapi, malangnya, dari Dataran Merdeka, gua bergerak selangkah2 untuk keluar dari kepadatan, memakan masa lebih dari sejam. Betapa ramainya orang. Gua rasa nak pengsan dah. Mau malu gua kalau gua rebah ni. Sampai Jalan Raja Chulan baru kepadatan itu kurang.

Gua anggar mengikut 100 orang memenuhi garis lintang jalan, dengan jarak 2 km yang padat sampai gua jalan setapak demi setapak, dengan 1 meter boleh isi 2 orang, maka; perkiraan gua :

100 x 2 x 2000 = 400 000 orang. Itu hanya jalan yang gua lalui. Tu pasal, gua tak rasa melampau kalau gua bagi jumlah angka sejuta orang yang hadir demo BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur.

[12]
Dalam LRT, sms masuk serangan gas dan air dah bermula di Dataran dan Masjid Jamek. Ada khabar mengatakan seorang kanak-kanak meninggal dunia. Terus teringat kat anak gua. Apa khabar la anak buas gua tu. Ada khabar kereta polis diterbalikkan sebab langgar orang.

Memember mula start tuduh gua lari dari perjuangan. Cilako. Mana gua tahu PDRM tu tunggu gua blah dulu. 5.30 petang gua tiba di LRT Dato' Keramat. Ayie Prop dan Abah Cakna Palestine pun tiba. Mandi di Masjid Dato' Keramat. Bertolak ke Kelantan sekitar jam 6.30 petang.

[13]
Pada gua, kehadiran Cina dan Melayu sama banyak. Tapi kehadiran India kurang. Gua rasa India sama banyak dengan pelancong asing.

Ini juga menunjukkan Cina sudah tidak takut lagi untuk berekpresi diri. Berdemo dengan kumpulan Melayu. Team medic ada. Kumpulan Cina yang round bawa beg hitam besar untuk kutip sampah ada. Unit Amal pun gua tengok dah diiktiraf sebagai pemberi arah oleh kesemua bangsa di Malaysia.

Lepas demo ni, gua nak pakai baju Unit Amal, dan arahkan kesemua amoi2 dan awek2 yang cun serahkan no telefon kepada gua. Untuk proses keselamatan.

Dari segi gelombang kesedaran pula, kita perlu fikirkan, bagaimana caranya gelombang kesedaran betapa pentingnya kedaulatan melalui pemilihan ini sampai kepada Melayu hutan dan India hutan.

Sekian dulu.

Rempuh Dataran - Arahan Anwar?

Benarlah kata orang kebenaran tidak boleh diselindungkan.

Bersih neh under sapa?

Ambiga dan kali neh kita ada A.Samad Said. Dengar citer a.samad said terduduk di satu sudut dengan wajah yang sayu dan bagitau dia kepenatan ketika berdemo. Betul ke itu hal sebenarnya?

Kalaupun ada orang yang layak memberikan arahan untuk langgar penghadang, orang itu hanya ambiga atau a.samad said ataupun kedua2 insan neh. Tiada orang lain berhak. Apatah lagi ambiga dah keluarkan arahan kita takan langgar sekatan polis.

Angah kbsb, better ko delete kembali memori wassap kita tadi. Aku dah menyesal sekarang. Menyesal habis.

Nak salahkan sb yang rempuh dataran merdeka? Betul ka sb yang pergi memandai2 rempuh? Lue salahkan dulu sapa yang bagi arahan. Patutla member2 gua dah bagi hint.. kalau taktau jangan cakap der.. gua pun pelik gak. Tatau apa?

Perhimpunan neh sepatutnya perhimpunan aman. Tapi ada orang otak senget menjadikan ia huru hara. Ambiga, kali neh saya bersetuju marilah kita bersama2 mempertimbangkan semula dengan siapa kita bersama.

Lihat bawah. Kebenaran di hadapan anda.

 
Ini ialah perhimpunan aman. Dsai tak sepatutnya bagi isyarat suruh rempuh halangan. Lepas tue bila rakyat kena serang dia kat mana? Bila rakyat kena balon, dia kat mana? Dsai bagi isyarat, barulah rakyat naik semangat slogankan suruh masuk di waktu chegu bard bagi ucapan bahawa kita tak boleh melepasi sekatan sebab polis tak bagi kebenaran. Apa benda tue?

Demm.

Nak hentam aku? Aku dah agak tegar dsai bersepah. Tapi aku tegar fakta. Aku tak peduli dengan sentimen korang. Aku hanya mahu peduli dengan sentimen rakyat.

1. Dsai bagi arahan = isyarat.

2. Azmin ali menyampaikan isyarat dsai. Ada facebooker cakap azmin ali yang bagi kebenaran tapi kalau lue tengok video di atas neh jelaskan yang azmin hanya membenarkan apa yang dsai arahkan. Arahan tidak keluar dari mulut azmin sendiri.

3. Lepas tue rakyat dok rempuh. Itupun sebab dah dapat greenlight. Yang rempuh tue kita tatau nak cakap apa. Mungkin dia lupa bahawa boss bersih ialah ambiga dan a.samad said bukan dsai.

4. Lepas kena rempuh, baru polis bertindak balas.

5. Jadi seterusnya apa yang berlaku, lue sendiri yang cari pasal.

6. Dengan neh gua surrender dengan segala bagai pendedahan sebab rasa malu. Ada macam2 info bab dataran yang gua dapat. Tapi gua nak masukkan dalam bakol sampah. Erase. Delete. G mampos. Walaupun gua tahu sb memang bersepah tapi gua reti malu bila tengok video kat atas neh. Gua dah taknak amek port pasal isu dataran merdeka lagi dah. Bab sogo dan masjid jamek je gua nak cover.

7. Kalau polis pukul lue di dataran merdeka, itu masalah orang yang bagi arahan.
8. Lepas tue sentimen tersebut mungkin meleret2 di bawa sampai ke sogo.
9. Nasib baik sampai masjid jamek kami kembali bertenang.
10. Dalam pada itu tak kurang berita2 bahawa kematian peserta2 bersih dihebahkan dari mulut ke mulut untuk menaikkan semangat rakyat.
11. Mula2 gua fikir neh kerja sb.
12. Tapi rasanya better gua berfikir semula dan kumpul segala bukti yang ada sebelum buat analisis ia disebarkan oleh sb. Boleh jadi ia bukanlah sebagaimana yang gua sangka. 

Dan, nasihat gua kepada diri gua sendiri, gua kena fikir masak2. Gua kali neh benar2 terkejut. Sampai taktau nak gambarkan sejauh mana gua terkejut. Bai.

Lupa, gua juga nak sesiapa bertanggungjawab bersihkan kembali nama unit amal yang teruk kena kecam. Lue yang pandai2 bagi isyarat apahal unit amal pula kena kecam? Lue jangan nak lepas tangan. Tenkiu.

Tak boleh tengok ye? Klik sini ==> https://www.facebook.com/my.remi/posts/282475921844299?notif_t=share_reply

Kredit kepada rakan reporter yang upload kebenaran neh. Thanks.
Ameno : Bagi arahan suruh rempuh halangan = beri keizinan untuk peserta melakukan provokasi. 

p/s:
- saya sendiri dengar Anwar kata kat Maybank. Kita akan merdekakan Dataran. Di Menara Maybank. APsal tak ikut kata Ambiga?

Video Bersih

Kronologi Peristiwa Bersih

[MK] 8.15pm: Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) berkata perhimpunan hari ini berjaya dan berkata 250,000 rakyat Malaysia turun menyertai BERSIH 3.0 menuntut reformasi pilihan raya. "Dalam erti kata tersebut, ia adalah satu kejayaan," kata pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dalam sidang media selepas perhimpunan tersebut.

8.05pm Kematian melibatkan pegawai polis sepertimana yang digembar-gemburkan adalah tidak benar, menurut tweet polis.

7.54pm Polis siar rakaman video di Internet punca kereta polis terbabas dan sebabkan kemalangan. Video tunjukkan orang ramai kerumuni kereta polis dengan membaling objek. Malah seorang lelaki kelihatan melompat dan menginjak-injak bumbung kereta dan seorang lagi melompat menendang cermin depan.

7.30pm Menurut polis, sehingga jam 7 petang, seramai 222 orang ditahan.

7.05pm Sewaktu serbuan polis beramai-ramai wartawan The Sun dikenali sebagai Radzi tercedera di mulut dan terlentang. Mulutnya berdarah. Dia mendapat pertolongan cemas dan di bawa ke hospital HKL. Menurut seorang saksi, ketika seorang lelaki memakai baju BERSIH dan berada di hadapan Radzi, berlaku rempuhan daripada polis yang membuat serbuan. "Suasana yang hebat dan bilangan yang ada di situ - ia amat besar."

6.22pm: Jln Sultan Abdul Samad - Kereta membawa Datuk Bandar dalam rombongan polis terpaksa membuat pusingan-U berhampiran Masjid Jamek apabila bertembung dengan penyokong BERSIH yang melemparkan kasut dan objek ke arahnya.

6.10pm Jalan dari SOGO ke Dataran dibuka. Bagaimanapun kira-kira 600 peserta masih berlegar di sekitar.

6pm Jalan TAR - Beratus anggota polis berada di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), yang sesak kerana sekatan jalan raya. Para pemandu membunyikan hon tanpa henti, memaksa polis bersurai dan berkumpul semula di persimpangan Jalan Tun Perak. Mereka mula membenarkan lalulintas di situ.
5.50pm: Naib Presiden PKR Tian Chua dakwa melalui Twitter, beliau ditahan polis bersama Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari. Tian juga dakwa ramai dipukul ketika ditahan.

5.45pm Masjid Jamek - Sesetengah peserta masih mahu masuk ke Dataran Merdeka, tetapi polis datang balik dan mengejar mereka. Beberapa peserta ditahan. Ada di antara mereka yang membaling kasut dan botol ke arah polis.

5.30pm: JLN TAR Wartawan Malaysiakini antara 200 ditahan bersama 200 peserta dan wartawan lain. Mereka ditempatkan sementara di Kelab Diraja Selangor. Barangan dirampas dan ditumbuk polis.

6.10pm Jalan dari SOGO ke Dataran dibuka. Bagaimanapun kira-kira 600 peserta masih berlegar di sekitar.

5:28 pm: Diberitakan seorang peserta Bersih meninggal dunia akibat dilanggar oleh kenderaan polis di hadapan Sogo. -harakahdaily

5.21pm Dua anggota polis tercedera dan pistol yang hilang dijumpai semula, kata menteri dalam negeri melalui Twitter.

5.20pm Simpang Jalan Tun HS Lee-Jalan Tun Tan Cheng Lock (berhampiran Pasar Seni) - Anggota polis FRU kelihatan mula berehat-rehat selepas Unit Amal PAS membuat pengumuman mengerahkan peserta BERSIH bersurai.

5:01pm JLN TAR Kelihatan 4 trak polis menuju Jln Chow Kit. Peserta tidak tunjukkan tanda-tanda mahu bersurai.

5.03pm JLN TAR Seorang gadis pengsan dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.

4.56 pm: Sebuah kereta yang diparkir di hadapan Dataran Maybank pecah cermin belakang akibat terkena peluru gas pemedih mata.

4.55pm JALAN TAR Tapak pasar malam, sekumpulan peserta BERSIH dan polis bertumbuk.

4.45pm Polis tuduh pistolnya dirampas peserta BERSIH di hadapan SOGO, menurut tweet polis.

4.19pm Jalan TAR - Sekumpulan orang ramai yang marah bertindak menterbalikkan kereta polis selepas ia didakwa melanggar peserta di situ.

4.10pm - Jalan TAR - Sekumpulan peserta duduk di sepanjang jalan TAR yang ditutup. Seorang penjual ais-krim laris perniagaannya apabila menjadi tumpuan peserta untuk menghilangkan dahaga mereka. FRU melepas tembakan air bercampur kimia ke arah mereka di depan kedai Kamdar di Jalan TAR.

4.04pm Sebelum itu, beberapa wartawan yang berdiri di belakang FRU turut tertolak polis ke arah peserta ketika gas pemedih mata ditembak, mendedahkan mereka kepada gas yang memedihkan mata.

3.58pm Seorang lelaki berusia 35 tahun mengalami kesukaran bernafas berhampiran Dataran Maybank akibat gas pemedih mata. Dia pulih selepas diberi rawatan oleh pasukan perubatan.


3.58pm Masjid Jamek - Beratus-ratus peserta sedang berehat di taman di belakang Masjid Jamek untuk pulih daripada serangan meriam air dan gas pemedih mata.

3.50 pm: Polis mula menyembur gas pemedih mata ke arah Puduraya. Peserta himpunan dari Jalan Tun Perak lari bertempiaran ke Jalan Raja Chulan selepas ditembak FRU.

3:49pm - JALAN RAJA LAUT Kira-kira 35 peserta BERSIH ditangkap dan dikumpulkan di hadapan bangunan DBKL.

3:49pm Serang peserta perhimpunan cedera di depan bangunan DBKL dan dibawa mendapatkan rawatan oleh St John Ambulance.

 3.50pm Pusat membelibelah Sogo - Beberapa peserta berundur dari Dataran Merdeka di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan dikejar polis.

3:29pm Majlis Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar.

3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR.

3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata. 3.10am Masjid Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap.

3.05 pm: Peserta yang tersekat di Jalan Tun Perak berpatah balik ke Dataran Maybank setelah FRU menembak gas pemedih mata. 3.00 pm: Loceng amaran FRU dibunyikan. Sebahagian orang ramai merempuh masuk ke Dataran. Water cannon sudah mula ditembak dan gas pemedih mata dilepaskan. Orang ramai berlari ke bangunan DBKL.

3:00pm: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air di persimbangan jalan Tun Perak-Jalan TAR. Difahamkan polis bertindak demikian selepas ada peserta melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka. 2.58 pm: Arahan bersurai kali kedua dikeluarkan pihak polis

2:34pm Masjid Jamek - Pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata perhimpunan BERSIH 3.0 telah berjaya dan menggesa orang ramai supaya bersurai. Bagaimanapun, orang ramai melaungkan "Dataran! Dataran!" Sebelum ucapan Ambiga, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan politik kotor. Anwar adalah sebahagian daripada kumpulan yang berarak dari Masjid Negara.

2.30 pm: Para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedang berucap di tengah-tengah jalan Tun Perak menghala ke Jalan Pudu di depan Wisma Permim. Sambil melaungkan "Hidup Rakyat".

2.24 pm: Peserta yang berkumpul di jalan berdekatan Dataran Merdeka melaungkan "We Want Dataran", diselangi laungan "Buka, buka, buka Dataran".

2.15pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 dari Masjid Negara sampai ke Puduraya dalam perarakan panjang ke Dataran Merdeka.

2.15 pm: Lokasi Dataran Maybank - Peserta perarakan Bersih berhenti di Dataran Maybank, menanti kumpulan perarakan yg lain. Jumlah peserta kini mencecah angka ratusan ribu.

2.05 pm: Malaysiakini melaporkan anggaran 75,000 penuhi KL. Orang ramai kini bertumpu di tiga kawasan utama - Jalan Tun Perak (dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka), Lebuh Pasar Besar (berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam) dan Masjid Negara di mana jemaah bersolat Zohor. Ini bermakna Dataran Merdeka sudah dikelilingi sepenuhnya oleh orang ramai dari Utara dan Selatan.

2.00 pm: Para peserta Bersih dari CM sedang berarak menuju Dataran, bagaimanapun perarakan agak perlahan di depan Bangkok Bank kerana sekatan polis di hadapan BAR Council.

1.40 pm: Lokasi Masjid Negara - Perarakan bermula dan peserta dianggar seramai 10 ribu orang.

1.37 pm: Lokasi Masjid Negara - Presiden Pas TG Abdul Hadi tiba di lokasi dan akan bersama-sama berarak ke Dataran.

1.20 pm: Polis dalam keadaan bersedia melepaskan tembakan gas pemedih mata.

1.15 pm: Sebahagian besar masih tetap di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Tunku Abdul Rahman berhampiran Dataran.

1:13pm: Sejam menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, jumlah peserta yang hadir setakat ini dianggarkan telah mencecah sekitar 50,000 orang. -
Pudu/Kotaraya/Petaling Street (orang ramai berarak dari KLCC) - 20,000
- Pasar Seni (bergabung dengan orang ramai dari Brickfields) - 15,000
- Masjid Jamek - 10,000
- TAR / Jalan Tun Perak / Jalan Parlimen - 10,000
 - Masjid Negara - 5,000

1.05 pm: Lokasi Masjid Negara - pihak polis membuat sekatan ketat dilaluan menghala ke Dataran Merdeka dengan anggota melebihi 200 orang bagi tujuan menghalang kemaraan pemimpin PR dan peserta Bersih di Masjid Negara dianggar melebihi 10 ribu orang.  

1.04 pm: Peserta di Dataran Merdeka mula berundur ke jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Tun Perak berhampiran Masjid Jamek.

1.02 pm: Pasukan FRU bersedia melepaskan tembakan.

12.59 pm: Amaran bersurai diumumkan pihak polis.

12.55 pm: Pemimpin-pemimpin utama, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa orang lagi memulakan ucapan semangat sementara menunggu masuknya waktu Zuhur di Masjid Negara.

12.43 Masjid Negara - PKR presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba bersama dengan pemerhati antarabangsa.

12.40  Pasar Seni - Pengerusi DAP Karpal Singh tiba di hadapan Majlis Peguam, disambut dengan laungan "BERSIH".

12.35  Jalan Tun Perak - Senator Australia Nicholas Xenophon hadir, untuk memerhatikan perhimpunan tersebut. "Ini adalah satu suasana yang menarik dengan lebih daripada 10,000 orang. Setiap orang bersemangat tinggi," katanya. "Ini adalah perhimpunan aman tanpa sebarang keganasan. Orang muda dan tua bersama-sama berada di sini. Saya pasti rakyat Australia dan rakyat Malaysia memahami bahawa ini adalah demonstrasi untuk pilihan raya yang bebas dan adil."

12.32pm Pasar Seni - Polis membentuk benteng manusia di Hang Kasturi Walk, laluan baru di sebelah Pasar Seni, walaupun beberapa peserta sudah lama melepasi mereka melalui satu kaki lima di situ Peserta yang berdepan dengan benteng polis itu menyanyikan lagu Negaraku. - kredit GB P/s: DCM salut peserta Bersih!

Depa kata sikit, super imposed lah. Meh kita nilaikan

sikit 1



Pendahuluan

 Bersih 3.0 telah pun berlalu. Segala kenangan akan dicoretkan di sini. Catatan demo, gambar, video dan segala berkaitan akan disimpan di sini. Mengikut kemampuan saya. Semuanya akan menjadi sejarah yang kekal hingga kiamat. Insya Allah