Tuesday, May 1, 2012

Seronoknya tengok Umno jadi gila selepas Bersih

 Sana-sini ada cerita bahawa ada yang menyamar sebagai peserta perhimpunan Bersih. Banyak dakwaan depa buat macam-macam provokasi. Bila suasana berjaya dikecohkan oleh penyamar-penyamar, polis yang ditugaskan untuk menghadapi peserta Bersih pun mengamuk. Khabarnya, telah disebarkan pula cerita ada anggota polis yang dibunuh oleh mereka yang berhimpun. Si ganas menjadi lebih ganas dengan cerita bohong itu.


Dengan provokasi terhadap peserta Bersih dan terhadap polis sendiri itu, polis bolehlah berasa menang kalau nak sangat rasa begitu. Bergelimpanganlah mangsa-mangsa polis. Ramai dari mereka yang kemudiannya diseret sebagai orang kena tangkap. Sudah ditangkap pun, dibelasah lagi.

Tetapi mereka yang berhimpun taklah kalah semuanya. Yang saya nampak Bersih menang dari awal lagi ialah apabila kira-kira 90 peratus dari yang berhimpun itu ialah orang-orang muda. Bila tiap kali demonstrasi, yang jadi perhatian saya ialah siapa yang datang. Bila saya nampak ramai orang muda, saya lega. Tak lama lagi akan terbunuhlah kuasa Umno.

Tetapi kemenangan paling manis rakyat yang berhimpun ialah apabila kita tengok depa merapu demi merapu. Mula-mula menteri kata, polis rampas kamera wartawan ikut SOP. Lepas tu KPN kata, rampas kamera wartawan bukan SOP.

Ada juga yang bergaduh sesama sendiri. Gaduh! Gaduh!

Akhbar pro-BN yang penipu berbohong dan mendakwa jurugambar Malay Mail cedera dibelasah peserta perhimpunan. Dalam tulisan mengenai apa yang berlaku kepada dirinya, Arif kata, "I was kicked and stomped by police officers".

Adoila, menteri Umno dan media pro Umno yang pembohong akan tetap berbohong kerana pembohong memang tak tahu bercakap benar. Rakyat yang ada akal tentu dah lama buat kesimpulan, asal Umno ja, memang tak boleh percaya.

Lagi seronok apabila melihat peniaga bangang mengadu rugi. Sedangkan, peniaga-peniaga cerdik buat duit sakan (lihat di sini, di sini dan di sini). Tahulah kita selepas ini, bahawa yang mengadu rugi tu yang bangang-bangang of the highest kind. Yang cerdik untung.








No comments:

Post a Comment