Ketua polis negara dalam satu kenyataan
menjelaskan bahawa pendemo yang teraniaya ketika bersih 3 boleh mengadu
kepada polis untuk mendapatkan pembelaan. Baik. Mari kita mulakan
dengan posting neh terlebih dahulu untuk melihat samada benar atau
tidak kata2 ketua polis negara tersebut.
Lihat gambar kat bawah neh dulu ;
Dah lihat? Oke. Perhatikan nama dia tue
yang paling penting tue. Perhatikan juga muka2 mereka oke. Dan sekarang
lihat pula video kat atas ;
Apa yang sahabat2 aku [semua pendemo
bersih adalah saling bersahabat] buat kat atas restoran neh ialah dia
makan. Bersama rakan2 dia. Tapi sekumpulan polis tah dari mana datangnya
tiba2 menghalau dan melakukan kekasaran ke atas pendemo bersih yang
tak buat kacau ataupun langgar arahan.
Apa yang dimaksudkan sebagai langgar
arahan? Langgar arahan = berada dalam kawasan dataran merdeka. Selain
dari kawasan tersebut, kami tidak melanggar apa2 arahan dan menyerang
kami yang berada di luar kawasan tersebut bererti kezaliman dan
salahguna kuasa.
So sekarang, apakah tindakan yang bakal di ambil oleh PDRM? Benarkah mangsa2 kekejaman BERSIH 3 akan diadili?
Lagi satu terdapat kekecelaruan maklumat
yang ditimbulkan oleh polis2 yang bertugas ketika demo bersih 3 ari
tue. Meskipun telah diperjelaskan tidak terdapat sebarang kematian
terhadap anggota polis yang diakibatkan oleh pendemo bersih, mereka
masih lagi menyebarkan khabar angin yang tidak berasas ke atas kami.
Semua neh adalah dipercayai adalah satu konspirasi untuk memburuk2an
peserta bersih.
Lihat kat bawah neh oke ;
Mohon agar PDRM bersikap adil. Aku
percaya disebabkan khabar angin yang tidak berasas neh lah peserta2
bersih dituduh sebagai pembunuh polis oleh pelbagai facebookers meskipun
telah kami perjelaskan banyak kali tiada mana2 anggota polis yang mati
ketika bertugas.
Ameno : Sedap jek halau orang tengah makan..
Satu lagi video menunjukkan sopannya polis
Satu lagi video menunjukkan sopannya polis
No comments:
Post a Comment