Oleh: MSK
Gagal atau berjaya?
Ramai yang bertanya soalan..”adakah Bersih 3.0 berjaya atau gagal?”.
Ini soalan subjektif dan jawapan pun bergantung kepada sapa yang
menjawab.
Dari segi meningkatkan kesedaran, yang tu aku kira berjaya. Jumlah
kehadiran jauh lebih ramai malah melepasi jangkaan. (Aku faham, bila
Bersih 3.0 menetapkan sasaran 500,00 orang, ia hanyalah sasaran
saikologikal. Macam cakap Mat Sabu, “Bersih 4.0 akan menghimpunkan
sejuta orang. Itu cuma cakap-cakap nak menaikkan semangat.). Hakikatnya,
Bersih 3.0 dapat menarik hampir 400,000 orang diseluruh dunia untuk
mengambil bahagian.
Ada yang kata, 400,000 orang itu hanyalah minoriti kalau dibandingkan
dengan 13 juta pengundi dinegara ini. Majoriti daripada rakyat tak suka
dengan demo macam ni. Terpulanglah kalau depa nak cakap macam tu.
Tapi..dalam mana-mana kebangkitan rakyat, jumlah yang bangkit tak
ramai. Revolusi Oren di Ukraine digerakkan oleh sejuta rakyat yang
berkumpul di Kiev. Kumpulan sejuta ini juga boleh dikira minoriti kalau
dibandingkan dengan 46 juta rakyat Ukraine.
People’s Power di Filipina juga digerakkan oleh sejumlah kecil
rakyatnya..tapi masih mampu menumbangkan kerajaan Marcos. Begitu juga
dengan Arab Spring, pihak yang memulakan kebangkitan menentang Hosni
Mubarak hanyalah satu kumpulan kecil.
Jadi, walaupun dalam media perdana memperkecilkan jumlah kehadiran
peserta Bersih 3.0, hakikatnya mereka juga takut bila melihat rakyat
yang turun lebih ramai dari Bersih sebelumnya.
Sapa untung sapa rugi?
Ini bukan soalan ekonomi. Kalau ikut ekonomi, ada untung ada rugi.
Syarikat bas, KTM, Petronas, Shell, Caltex, Esso, dan apa saja yang
bersangkutan dengan pengangkutan, semua untung. Penjual air mineral pun
untung besar.
Aku suka tengok untung rugi politik.
Dalam Bersih 2.0, BN menjadi “bad boy.” Semua orang kutuk cara BN
mengurus Bersih. Hishamuddin pun sampai menitahkan bahawa Bersih 2.0
haram.
Tapi kali ini, BN cuba jadi “good boy”. Hisham pun kata ..”No
problem”. Tapi kali ini yang jadi “bad boy” ialah Polis dan Datuk
Bandar.
BN tak mau dilihat sebagai pemerintah kukubesi. Depa cuba untuk
menunjukkan imej sebagai kerajaan demokratik dengan membenarkan
perhimpunan Bersih. Tapi bila tengok macam mana cara polis mengurus
perhimpunan itu, aku nampak bahawa BN lebih teruk dari dulu.
Aku selalu kata, bahawa Najib lebih brutal dari Perdana Menteri
sebelum ini walaupun dia nampak kool. Rakyat Perak tau sebab depa dah
merasa. Najib akan tunjuk bahawa dia cukup bagus dan kool, tapi
dibelakang, dia akan menggunakan apa saja untuk mencapai hasratnya.
Kalau diperhatikan dalam media internet, sampai hari ini masih banyak
lagi cerita-cerita tentang kebrutalan polis. Terutama dari kumpulan
anti-Umno. Tapi tak banyak yang kutuk BN. Masing-masing menyalahkan
polis..bukan BN.
Ini bahaya untuk negara. Kalau rakyat bangkit menentang BN, dan BN
jatuh, negara masih selamat kalau polis masih dihormati. tapi kalau
rakyat bangkit menentang polis..yang tu bahaya. BN sebenarnya
membahayakan negara..tapi Najib peduli ka?
Setiap peserta yang dipukul akan balik bercerita kepada keluarga.
Kebencian terhadap polis akan menjadi viral dan kalau jumlah yang
membenci itu menjadi majoriti, negara dalam bahaya.
Adakah BN akan mendapat keuntungan politik dari Bersih 3.0 ini? Aku
rasa tidak. sebaliknya orang akan rasa lebih meluat. Ini disebabkan
mereka yang hadir dalam Bersih 3.0 ini kebanyakanya anak muda yang masih
fresh. Mungkin masa Bersih 2.0 dulu, depa masih bersekolah.
Graduan Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 sudah jadi hardcore, dan graduan
Bersih 3.0 sudah pun lulus dan sudah pun tau bahawa sistem pemerintahan
negara perlu diperbaiki.
Apakah Bersih 3.0 menguntungkan Pakatan Rakyat?
Aku juga tak fikir Pakatan Rakyat mendapatkan keuntungan politik dari Bersih 3.0 ini.
Semuanya berjalan lancar dan sepatutnya berakhir apabila Ambiga
membuat pengumuman supaya bersurai. Tapi..video yang menunjukkan Anwar
memberi isyarat kepada Azmin untuk memecah halangan menghancurkan imej
positif sebelumnya.
Tak kira la apa maksud isyarat tersebut..sama ada untuk berbincang
atau berpakat atau apa saja alasannya, ia dipergunakan sepenuhnya oleh
media arus perdana untuk menghancurkan imej Bersih. Bersih jadi kotor
dengan tindakan Anwar dan Azmin. Depa boleh bagi apa saja alasan, tapi
seperti yang pernah aku cakap dalam konvensyen media Penang dulu,
“People will trust visuals more than words.”
Kalau dalam Bersih 2.0 dulu, Tian Chua terpaksa membela dirinya, sekarang Anwar dan Azmin pula yang terpaksa membela diri.
So..sapa untung sapa rugi? BN tak rugi tapi tak juga dapat untung.
Polis rugi banyak dan imej polis jatuh teruk malah diberikan label
sebagai “bad boy”.
Bersih 3.0 untung banyak sebab berjaya menarik lebih ramai peserta
diseluruh negara. Hakikat bahawa semua perhimpunan ditempat-tempat lain
seperti Penang, Ipoh, Melaka, Sibu dan Kota Kinabalu semuanya berjalan
dengan aman menunjukkan bahawa peserta Bersih tau apa matlamat mereka
untuk turun.
Pakatan Rakyat gagal menggunakan kesempatan ini untuk meraih sokongan, sebaliknya tumbang digarisan penamat.
Satu lagi perkara yang menarik ialah tentang penyertaan yang terbelah dua.
Apabila Bersih 3.0 diumumkan untuk dibuat diseluruh negara, ada
perbezaan pendapat disitu. Akhirnya, semua ahli parti diarahkan untuk
turun ke Kuala Lumpur dan yang tinggal dinegeri-negeri adalah mereka
yang bukan ahli parti. Apa yang jelas, peserta bersih diperingkat negeri
kebanyakannya adalah mereka yang tidak berparti ataupun hanya sekadar
penyokong parti, manakala yang turun di KL adalah mereka yang hardcore
parti.
Kehadiran luarjangkaan diprogram-program Bersih 3.0 negeri sepatutnya
diperhatikan oleh kedua-dua BN dan PR. Kehadiran mereka yang ramai
sudah pasti menyebabkan BN rasa takut, tapi dalam masa yang sama..belum
tentu ia boleh diterjemahkan sebagai sokongan kepada PR.
Nampaknya… PRU 13 mungkin ditangguh lagi.
Showing posts with label MSK. Show all posts
Showing posts with label MSK. Show all posts
Wednesday, May 2, 2012
Pasca demo: Bersih 4.0 atau revolusi? (1)
Oleh: MSK
Mungkin soalan ini terlalu awal untuk ditanya. Ada yang masih ditahan, ada yang masih belum balik rumah dan mungkin ada yang masih dihospital. Tapi percayalah, soalan ini sudah berlegar dimana-mana.
Selepas selesai Bersih 3.0 Perak Sabtu lalu, aku dijemput untuk kemajlis jamuan makan malam di sebuah gereja di Buntung. Ramai yang aku kenal dan kami bersembang. Diantara persoalan yang ditanya ialah “apakah ada Bersih 4.0 selepas ini?”.
Pukul 10 malam aku balik ke Ipoh dan minum-minum dengan member-member penganjur Bersih 3.0 Perak. Perkara yang sama juga dibincangkan dan jawapan yang sama juga didengari.
Alasanya? Kita sorot kembali apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas Bersih 3.0.Ada beberapa perkara yang aku tak boleh tulis sebelum demo Bersih 3.0 tapi sekarang dah selesai, boleh la aku cerita.
Pengumuman untuk mengadakan Bersih 3.0 dibuat pada 4 April. Bermakna hanya ada 24 hari untuk dilaksanakan…dan aku rasa keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa. Kemudiannya, baru aku dapat tau bahawa keputusan itu dibuat kerana ada info, BN memutuskan akan mengadakan PRU 13 dalam bulan Jun tanpa membersihkan dulu Daftar Pemilih dan pelbagai manipulasi SPR.
Apa yang dirancang dan diputuskan oleh Jawatankuasa Bersih 3.0 di KL, tak ramai yang tau. Aku sendiri tak tau. Apa yang aku tau tentang Bersih 3.0 hanyalah berdasarkan berita dalam laman web Malaysiakini atau Malaysian Insider. Dan boleh dikatakan, hanya kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Ambiga dan Maria Chin saja yang ada.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam Malaysiakini, Maria Chin memberitahu bahawa Bersih 3.0 mensasarkan 500,000 peserta. Bagi aku, ini satu sasaran yang tidak realistik. Tapi bila diberitahu bahawa jumlah itu boleh diperolehi sekiranya mengambil kira jumlah yang hadir diseluruh dunia…aku boleh terima. Dan ini juga menjadi turning point mengapa Bersih 3.0 berbeza dengan 1.0 dan 2.0.
Macam mana nak dapat 500,000 peserta? Paling tinggi yang boleh masuk ke KL ialah 100,000. Kalau polis kacau macam Bersih 2.0, mungkin hanya 50,000 yang boleh masuk KL.
Kalau ada 10 ibunegeri yang menganjur Bersih 3.0..dan setiap negeri boleh mengumpul 10,000..baru ada 100K. Campur dengan demo diluarnegeri, mungkin bertambah paling tinggi 10K. Jumlah semua mungkin hanya boleh mencecah paling tinggi 300K, itu pun kalau semuanya berjalan lancar tanpa halangan dan kekacauan.
Beberapa hari menjelang 428, arahan telah dikeluarkan oleh pemimpin parti supaya semua ahli parti kena turun ke Kuala Lumpur. Kalau semua ahli parti turun ke KL, program dinegeri sapa nak datang?
Bila arahan ini dikeluarkan, maka unjuran kehadiran diprogram negeri terpaksa diturunkan. Kalau diperingkat awal, aku mengunjurkan kehadiran seramai 5,000 orang, selepas arahan dikeluarkan, maka unjuran itu terpaksa diturunkan kepada tidak lebih 1,000 orang. Kalau dapat 500 orang pun aku puas hati.
Bukan aku sorang saja yang ingat macam tu..malah SB juga menganggarkan macam tu.
Bila penganjur Bersih 3.0 Perak menghantar surat meminta kebenaran menggunakan Padang Polo dari Majlis Bandaraya Ipoh, kami juga tidak mengharapkan DBI akan memberikan kelulusan. Malah, tidak ada mana-mana tempat pun yang mendapat kelulusan.
Tapi pelik, bila DBI memberikan kelulusan.
Bukan setakat MBI saja yang bagi kelulusan, tapi polis pun tak ada masalah! Bila penganjur berjumpa dengan pihak polis, semuanya seronok saja..
Tapi bila hari perhimpunan, tak ada sorang pun Penguatkuasa MBI yang kelihatan. Malah kehadiran polis pun cukup sedikit…hanya kelihatan disimpang jalan masuk ke Padang Polo. Apa cerita?
Yang kelihatan hanyalah sekumpulan anak muda berbaju hitam naik motor. Jumlah mereka lebih ramai dari anggota polis.
Apa pun, Bersih 3.0 Perak dah selesai tanpa sebarang kekacauan. Tapi apa rahsia disebaliknya?
Sapa yang tak tau bahawa DBI dan polis hanyalah pihak yang menerima arahan, aku tak tau la nak kata apa-apa. Cerita yang diperolehi selepas perhimpunan tersebut ialah, Zambry sendiri memberikan kelulusan! Pasai apa? Bagus sangat ka Zambry ni?
Zambry mendapat maklumat dari SB bahawa kehadiran dijangkan hanya beberapa ratus orang. Ini memberikan political milage kepada Zambry untuk menunjukkan bahawa hanya sedikit saja orang yang menyokong perhimpunan macam ni. Dan sudah pasti, portal peraktoday akan bersorak sakan menulis tentang Bersih yang tak dapat sambutan.
Tapii Zambry silap. Bukan Zambry saja silap, malah semua orang silap, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat.
Semua orang membuat kesilapan kerana masing-masing memandang rendah tentang kekuatan media internet. Kalau tengok kepada Facebook Bersih 3.0 Perak pun, hanya 700 orang yang menyatakan kesediaan akan hadir. Paling tinggi, mungkin setakat 1,500 orang sebab semua ahli parti politik PR diarahkan turun ke KL.
Tak ada risalah untuk hebahan. Tak ada iklan dalam media perdana ataupun media alternatif. Yang ada hanya dalam Facebook dan blog.
Tapi bila tiba masanya, jumlah yang hadir diluar jangkaan. Lebih 5,000 orang yang hadir. Sistem pembesar suara yang digunakan juga hanya untuk peserta sekitar 1,000 orang. Dari mana datangnya orang-orang ini? Macam mana mereka dapat tau? Apa yang menyebabkan mereka mahu turut sama dalam perhimpunan ini? Ini persoalan yang sedang dianalisa oleh ramai penganalisa politik.
Mungkin soalan ini terlalu awal untuk ditanya. Ada yang masih ditahan, ada yang masih belum balik rumah dan mungkin ada yang masih dihospital. Tapi percayalah, soalan ini sudah berlegar dimana-mana.
Selepas selesai Bersih 3.0 Perak Sabtu lalu, aku dijemput untuk kemajlis jamuan makan malam di sebuah gereja di Buntung. Ramai yang aku kenal dan kami bersembang. Diantara persoalan yang ditanya ialah “apakah ada Bersih 4.0 selepas ini?”.
Jawapannya
aku dah bagi sebelum Bersih 3.0 lagi, bila aku bagi peringatan kepada
team Mediaperak supaya jangan lupa juga bergambar sebagai kenangan sebab
lepas ni mungkin dah tak ada Bersih lagi dah.
And to my surprise, yang berfikiran macam tu rupa-rupanya lebih
ramai. Malah seorang Pastor telah menyebut secara terang-terang dalam
“khutbah”nya, bahawa selepas ini, sekiranya BN tidak menunaikan tuntutan
Bersih 3.0..Bersih 4.0 tidak mungkin akan berlaku. Sebaliknya yang akan
berlaku ialah revolusi.Pukul 10 malam aku balik ke Ipoh dan minum-minum dengan member-member penganjur Bersih 3.0 Perak. Perkara yang sama juga dibincangkan dan jawapan yang sama juga didengari.
Alasanya? Kita sorot kembali apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas Bersih 3.0.Ada beberapa perkara yang aku tak boleh tulis sebelum demo Bersih 3.0 tapi sekarang dah selesai, boleh la aku cerita.
Pengumuman untuk mengadakan Bersih 3.0 dibuat pada 4 April. Bermakna hanya ada 24 hari untuk dilaksanakan…dan aku rasa keputusan itu dibuat secara tergesa-gesa. Kemudiannya, baru aku dapat tau bahawa keputusan itu dibuat kerana ada info, BN memutuskan akan mengadakan PRU 13 dalam bulan Jun tanpa membersihkan dulu Daftar Pemilih dan pelbagai manipulasi SPR.
Apa yang dirancang dan diputuskan oleh Jawatankuasa Bersih 3.0 di KL, tak ramai yang tau. Aku sendiri tak tau. Apa yang aku tau tentang Bersih 3.0 hanyalah berdasarkan berita dalam laman web Malaysiakini atau Malaysian Insider. Dan boleh dikatakan, hanya kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Ambiga dan Maria Chin saja yang ada.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam Malaysiakini, Maria Chin memberitahu bahawa Bersih 3.0 mensasarkan 500,000 peserta. Bagi aku, ini satu sasaran yang tidak realistik. Tapi bila diberitahu bahawa jumlah itu boleh diperolehi sekiranya mengambil kira jumlah yang hadir diseluruh dunia…aku boleh terima. Dan ini juga menjadi turning point mengapa Bersih 3.0 berbeza dengan 1.0 dan 2.0.
Macam mana nak dapat 500,000 peserta? Paling tinggi yang boleh masuk ke KL ialah 100,000. Kalau polis kacau macam Bersih 2.0, mungkin hanya 50,000 yang boleh masuk KL.
Kalau ada 10 ibunegeri yang menganjur Bersih 3.0..dan setiap negeri boleh mengumpul 10,000..baru ada 100K. Campur dengan demo diluarnegeri, mungkin bertambah paling tinggi 10K. Jumlah semua mungkin hanya boleh mencecah paling tinggi 300K, itu pun kalau semuanya berjalan lancar tanpa halangan dan kekacauan.
Beberapa hari menjelang 428, arahan telah dikeluarkan oleh pemimpin parti supaya semua ahli parti kena turun ke Kuala Lumpur. Kalau semua ahli parti turun ke KL, program dinegeri sapa nak datang?
Bila arahan ini dikeluarkan, maka unjuran kehadiran diprogram negeri terpaksa diturunkan. Kalau diperingkat awal, aku mengunjurkan kehadiran seramai 5,000 orang, selepas arahan dikeluarkan, maka unjuran itu terpaksa diturunkan kepada tidak lebih 1,000 orang. Kalau dapat 500 orang pun aku puas hati.
Bukan aku sorang saja yang ingat macam tu..malah SB juga menganggarkan macam tu.
Bila penganjur Bersih 3.0 Perak menghantar surat meminta kebenaran menggunakan Padang Polo dari Majlis Bandaraya Ipoh, kami juga tidak mengharapkan DBI akan memberikan kelulusan. Malah, tidak ada mana-mana tempat pun yang mendapat kelulusan.
Tapi pelik, bila DBI memberikan kelulusan.
Bukan setakat MBI saja yang bagi kelulusan, tapi polis pun tak ada masalah! Bila penganjur berjumpa dengan pihak polis, semuanya seronok saja..
Tapi bila hari perhimpunan, tak ada sorang pun Penguatkuasa MBI yang kelihatan. Malah kehadiran polis pun cukup sedikit…hanya kelihatan disimpang jalan masuk ke Padang Polo. Apa cerita?
Yang kelihatan hanyalah sekumpulan anak muda berbaju hitam naik motor. Jumlah mereka lebih ramai dari anggota polis.
Apa pun, Bersih 3.0 Perak dah selesai tanpa sebarang kekacauan. Tapi apa rahsia disebaliknya?
Sapa yang tak tau bahawa DBI dan polis hanyalah pihak yang menerima arahan, aku tak tau la nak kata apa-apa. Cerita yang diperolehi selepas perhimpunan tersebut ialah, Zambry sendiri memberikan kelulusan! Pasai apa? Bagus sangat ka Zambry ni?
Zambry mendapat maklumat dari SB bahawa kehadiran dijangkan hanya beberapa ratus orang. Ini memberikan political milage kepada Zambry untuk menunjukkan bahawa hanya sedikit saja orang yang menyokong perhimpunan macam ni. Dan sudah pasti, portal peraktoday akan bersorak sakan menulis tentang Bersih yang tak dapat sambutan.
Tapii Zambry silap. Bukan Zambry saja silap, malah semua orang silap, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat.
Semua orang membuat kesilapan kerana masing-masing memandang rendah tentang kekuatan media internet. Kalau tengok kepada Facebook Bersih 3.0 Perak pun, hanya 700 orang yang menyatakan kesediaan akan hadir. Paling tinggi, mungkin setakat 1,500 orang sebab semua ahli parti politik PR diarahkan turun ke KL.
Tak ada risalah untuk hebahan. Tak ada iklan dalam media perdana ataupun media alternatif. Yang ada hanya dalam Facebook dan blog.
Tapi bila tiba masanya, jumlah yang hadir diluar jangkaan. Lebih 5,000 orang yang hadir. Sistem pembesar suara yang digunakan juga hanya untuk peserta sekitar 1,000 orang. Dari mana datangnya orang-orang ini? Macam mana mereka dapat tau? Apa yang menyebabkan mereka mahu turut sama dalam perhimpunan ini? Ini persoalan yang sedang dianalisa oleh ramai penganalisa politik.
Subscribe to:
Posts (Atom)





