Showing posts with label Demo. Show all posts
Showing posts with label Demo. Show all posts

Sunday, May 6, 2012

1. BERSIH 3.0 adalah perhimpunan rakyat yang terbesar pernah saya sertai. Ia pengalaman hujung minggu yang terbaik untuk saya tahun ini.

2. Jujurnya, saya bukanlah kaki demo. Kali terakhir sertai adalah perhimpunan membantah PPSMI beberapa tahun lalu. Tetapi memandangkan tahap keseriusan kerajaan yang rendah dalam menjadikan pilihanraya telus dan bersih, saya kuatkan diri untuk hadir walaupun batuk masih belum kebah. Di samping itu, saya mahu melihat dengan dekat agar penilaian yang dibuat lebih adil dan objektif.

3. Seawal 10.50 pagi, saya bersama-sama Nik Razak Ridzuan, Khairuddin Bajuri dan Faezuddin tiba di KLCC. Kami dan beberapa orang teman termasuk Khalil Abdullah Zawawi kemudiannya berjalan kaki menuju ke Dataran Merdeka.

4. Tiba di Dataran sekitar jam 11.20 pagi. Keadaan begitu aman dan tenteram cuma sudah mulai sesak. Ruang hanya muat untuk berdiri dan agak sempit untuk peserta duduk.


5. Selain BERSIH 3.0, satu lagi kumpulan peserta adalah peserta yang membantah Lynas. Saya cuba mencari kalau-kalau ada peserta LGBT tetapi nyata tiada. Ternyata, ia hanyalah propaganda media Umno/BN untuk mengaitkan perjuangan songsang itu dengan BERSIH 3.0.

6. Selain itu, saya juga cuba meninjau jumlah peserta berbangsa Cina. Sebelum ini, saya dimomokkan bahawa peserta perhimpunan sebegini hampir kesemuanya adalah Melayu. Propaganda bahawa kaum Cina hanya goyang kaki di rumah dan mempergunakan Melayu nyata mitos keji dan bersifat perkauman. Ia suatu bentuk kezaliman dalam membuat penilaian.

7. Saya melihat jumlah peserta berbangsa Cina dengan peserta berbangsa Melayu tidak banyak berbeza. Malahan mereka antara yang berani mendada di barisan hadapan. Timbul rasa malu dan terharu. Betapa kaum lain begitu bersemangat berjuang dan rela berkorban untuk negara tercinta sedangkan masih ada kaum sendiri berdengkur hujung minggu di rumah saat ketelusan pilihanraya masih diragui. Lebih malang lagi apabila kelompok ini, apabila bangun dari dengkuran, cuba pula menjadi hakim mencerca peserta perhimpunan dengan hujah itu dan ini. Ia sangat menjengkelkan.

8. Sekitar jam 12.00 tengahari, beberapa orang pimpinan memberikan ucapan. Antaranya YB Husam Musa, YB Mahfuz Omar, YB Mujahid, YB Azmin Ali, YB Tian Chua dan beberapa orang pimpinan mahasiswa. Mereka bersemangat dan tidak jemu menyantuni peserta. Ucapan mereka juga dibuat tanpa sebarang unsur hasutan dan provokasi. Beberapa orang pimpinan melafazkan ikrar taat setia kepada Negara dan SBPA Yang DiPertua Agong. Saya tambah teruja apabila di hujung ucapan YB Husam Musa pula, beliau mengajak semua peserta bangun dan menyanyikan lagu ‘Negaraku’ sebagai tanda cintakan Negara yang mendalam.

9. Sekitar jam 3.00 petang, keadaan semakin sesak. Saya terasa pening dan loya tekak. Saya berundur ke dataran DBKL dan menunaikan solat di situ bersama-sama Razak. Saat itu, mood peserta rata-ratanya sudah mulai keletihan dan mahu bersurai.

10. Selesai solat, keadaan di Dataran Merdeka secara tiba-tiba agak kelam-kabut. Kelihatan polis berundur beramai-ramai ke belakang dan FRU mulai melancarkan semburan air (water canon) dan melepaskan tembakan gas pemedih mata (hakikatnya pemedih mata, hidung dan hati). Saya lihat peserta beramai-ramai meluru ke arah polis dan kemudiannya berundur kerana tidak tahan dengan gas dan air.

11. Mulai saat inilah keadaan huru-haru. Saya melihat ada ibu tua terjatuh, warga tua yang tercungap-cungap terkena gas. Juga OKU yang begitu bersemangat walaupun teruk diasak. Semangat mereka menakjubkan!


12. Saya juga tidak terkecuali terkena. Rasanya gas ini terlalu kuat kesannya berbanding gas yang diguna dalam beberapa perhimpunan sebelum ini. Saya sesak nafas dan hampir gagal bernafas. Batuk yang belum sembuh memburukkan keadaan.

13. Demi Allah, pada saat itu saya hanya berfikir betapa ajal seakan hampir. Dan saya redha, bersyukur dan berbangga jika mati dalam keadaan memperjuangkan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil. Kerana saya mahu pemimpin yang akan dipilih adalah pemimpin yang terbaik, lebih adil dan bertaqwa untuk mentadbir negara ini.

14. Saya jatuh tersungkur di tepi bangunan DBKL dan tidak mampu lagi melangkah.  Seorang lelaki datang memberikan air mineral. Beransur-ansur, saya kembali dapat bernafas dan mulai bangun melangkah.

15. Saat itu, saya lihat segelintir peserta mulai naik angin. Beberapa insiden sebagaimana dilaporkan media berlaku pada waktu ini termasuk insiden menterbalikkan kereta di sekitar Sogo.

16. Perhimpunan berakhir sekitar jam 5.30 petang. Ada beberapa kecederaan dilaporkan manakala berita tentang kematian tidak dapat disahkan sehingga saat ini.

17. Saya meninggalkan Dataran Merdeka dengan perasaan bercampur-baur. Saya bangga dan cukup berpuas hati untuk pengalaman bernegara ini. Saya bangga melihat anak-anak muda, orang tua, wanita, gadis, OKU dan pelbagai lapisan masyarakat dan kaum mengambil bahagian. Seluruh peserta yang hadir tanpa mengira kaum bersatu-padu membantu antara satu sama lain. Masa depan negara ini adalah pada mereka yang peka dan cakna.

18. Beberapa persoalan juga timbul di benak fikiran. Mengapa polis beria-ria sangat menjaga Dataran Merdeka dari dipenuhi peserta Bersih 3.0. Bukankah Dataran Merdeka lebih sesuai berhimpun berbanding jalan? Kalau polis benarkan, kemudian peserta masuk berhimpun sekejap kemudian balik. Habis cerita.

19. Apabila polis mempertahankan Dataran, sebenarnya polis mempertahankan ego dan keangkuhan Hishammuddin Hussein Menteri KDN dan Najib Razak Perdana Menteri. Mereka jelas menjadi alat kepada pemimpin Umno bukan untuk keselamatan negara.

20. Apapun, perjuangan belum selesai. Saya yakin BERSIH akan tetap diteruskan selagi pilihanraya masih KOTOR!

Pengalaman Pertama yang Mengujakan!

Bismillah walhamdulillah.
Masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bernafas sehingga ke saat ini.


Just nak share my first experience sertai demo.
Tarikh keramat 28 April akan sentiasa segar dalam ingatan. Cewah ! BERSIH 3.0 membawa aku bersama ratusan ribu umat Muhammad berkumpul bersama di tengah bandaraya Kuala Lumpur bagi menuntut pilihanraya yang 'adil & telus.



Bukan apa, aku takmo la pengalaman pertama menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi taun ni jadi KOTOR sebab sistem pengendaliannya penuh penipuan + pecah amanah + rasuah dan sebagainya lagi. 
Setiap apa yang kita perjuangkan mesti ada matlamat yang jelas. So, aku nak gariskan 8 tuntutan yang aku nak supaya dibuat perubahan : 

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Mula melangkah meninggalkan ruang rumah yang selesa ke LRT Setiawangsa lebih kurang jam 10 pagi. Bersama ikhawah akhawat IKRAM Ampang Jaya dan adik2 UIA Kuantan. Ramai. Diketuai oleh Akh Urwah Saari =). Ah, debor pulak. hehe. Almaklumlah pengalaman pertama.
Bergerak dalam kumpulan kecil 10 orang ++. Dalam tren jumpa uncle2 Chinese yang siap berbaju kuning BERSIH 3.0. Terbaekkkkkk ! 
Sampai je LRT Masjid Jamek, orang dah berasak-asak. Penuh dengan permandangan kuning ! Cantik ! Nampak kesatuan kat situ. Tak kira kau bangsa Melayu ke, Cina ke, India ke. Sume nampak sekata. Yang best tu, aku jumpa orang kampung. Kawan abah. Teruja la sat sebab orang Penang sanggup turun KL semata-mata untuk menuntut keadilan. Salute abis lah ! Aku dan delegasi menapak ke Masjid India. 
Makcik makcik yang sentiasa bersemangat. CHAIYOK !
UNIT AMAL MALAYSIA yang banyak membantu !
Antara yang aku jumpa, Timah Bolat. Schoolmate aku kat SMAYK dlu. Nun jauh dari Baling, Kedah mai sini. Respect lah ! Satu family mai.
PERJUANGAN YANG MENEMUKAN....
Masa sampai tu tak ramai sangat macam kat Masjid Jamek. Setiap minit lepas tu makin bertambah-tambah sampai full ruang yang ada. Da nak masuk Zohor, sume masuk masjid untuk tunaikan tanggungjawab dengan ALLAH. Aku suka suasana macam ni ~! Hak Allah tetap diutamankan. Usai solat, masing-masing mula berasak keluar. Suara pimpinan melaungkan katakata semangat mula kedengaran. Ahh....dah rasa bahangnyaaa. Tapi, ni first pengalaman aku. So, aku relaks saja. hehe. 

After that, pergerakan bermula ke Dataran Merdeka. On the road, aku nampak banner ini :

What? Perhimpunan dibatalkan di saat akhir kah? hehe. Arahan tidak berasas semata-mata. Apa masalahnya pun tatau. Rakyat nak berkumpul untuk menuntut apa yang haq. Bukan nak buat rusuhan. Adeh. Takpahambetoi.

Stuck la sekejap sebab orang ramai da penuh kat ruang nak masuk DM tu. Tepi jalan aku lalu tu aku tengok jualan masyukkkk..! Angkut bertintin ayaq. Almaklumlah, perniagaan maju 5 kali ganda hari biasa. Lagi masyukk bila orang da ta kesah harga ayaq tu. 1 tin RM 2.50 OK.

Ini buktinya :
Semangat berkobarkobar bila dapat arahan ketua untuk ke depan. Ternanti-nanti jugak la apa agaknya kat depan aku tu. hehe. Jalan punya jalan sampailah kat tengah-tengah asakan manusia berhadapan betul-betul2 dengan pimpinan berucap. Tapi aku takde la nampak sangat kan. Terginjat ginjat jugak la nak tengok apa ada kat depan tu. Nampak belon-belon kuning yang besar je. 
Jap, aku sempat say 'semangat uncle!' kat sorang uncle Indian ni. Ini dia :hehe


Orang laung, aku pun bangkit laungkan benda yang sama. "Hidup hidup, hidup rakyat. Bangkit bangkit, bangkit keadilan". 


Sampailah seruan "BUKA BUKA" berulang-ulang kali. Semua orang perjuangkan benda yang sama. Dan aku paling teruja sebab ramainya anak-anak muda rakan sebaya aku yang turun. Ramaiii. Dan dalam ribuan orang kat tengah-tengah jalan tu, ada rakan-rakan peserta yang take over tugas DBKL hari tu. Dyorang kutip sampah masuk dalam plastic bag ! Terbaekk lah korang ! Nah, aku snap beberapa gambaq anakmuda yang baek ni.

Perkerjaan TERPUJI ! النظافة من الإيمان

 Aku ditengah-tengah ini :
Hmmmm.. Lepas sorakan demi sorakan, tetiba semua orang di depan aku cakap "berundur...berundur".
Haih, siap berasakan la ke belakang. Aku yang takde pengalaman ni masih selamba. Cuma mengikut arus tolakan ke belakang perlahan-lahan. Dalam hati terdetik "Apesal dyorang tolaktolak ni. Bersungguh benor". Aku nampak ada yang gelabah lari lajulaju ke belakang. Tertanya-tanya sebentar. Hmmm..???.


Sekejap lepas tu, terdengar satu suara yang agak keras dari belakang "bagi laluan...bagi laluan". Ambiga lalu tepi aku!. Dan dalam masa kurang seminit, dunia aku kabur dek kepulan asap pemedih mata dari canister yang jatuh betul-betul depan aku. Seriously aku tak expect langsung situasi yang kejam macam tu ! Pedih! Nafas aku rasa sesak sampai hilang nafas untuk beberapa ketika. Semua orang bertempiaran lari. Aku? Tatau. Tak nampak pape. Pilihan untuk aku rebah kat situ atau jalan tanpa mata. Ya Allah. Aku rasa macam nak mati. Sesak. Tak bole bernafas pun ! Masa tu jugak lah aku terbayang mak abah. SERIOUS ! Aku rasa mungkin aku akan mati dalam kesesakan tu. Hanya mampu menyebut nama Allah dalam hati.


 بسم الله الّذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السّميع العليم
Hanya itu yang termampu. Tak leh gambarkan camne keadaan tu. Hanya orang yang merasai SAHAJA tahu betapa sukarnya situasi tersebut. hehe. Masa tengah lari ikut mata hati tu lah, ada sorang pakcik hulurkan garam dalam genggaman dia pada aku. Terus amek & makan. Bersyukur ada yang memberi !
Tapi tindak balas lambat sebab aku dah sedut asap canister tu terlalu banyak + dalam tempoh yang lama. Tangan + kaki semua panas dan pedih. Hidung jangan cakap la. Berair sume siap. Masa tu jugaklah rasa nak muntahkan segala benda. Terduduk atas jalan tar dek tak tahan, xde nafas !

Dalam kesukaran tu, tetiba ada seorang hamba Allah yang rangkul bahu & pimpin aku. Berlari ! Sambil tangan tutup  mulut + hidung aku dengan baju yang dia bawak. Tak de kekuatan. Aku dah rasa sesak gile xleh bernafas. "Makan garam ni". Dia sumbat je garam dalam genggaman dia tu. Huhu. "Can i get some water for her?" Dalam pada tu jugaklah adik yang tolong aku tu mintak ihsan 2-3 orang belia Chinese bagi sikit air untuk aku. Alhamdulillah. Dapat minum seteguk. Sepanjang larian tu, 3-4 orang brader jugakla yang hulurkan garam. "Makan garam ni..buka mulut. Letak bawah lidah". Amek kau. Dyorang suap aku. Masin ! Sorang pakcik ni sapu muka aku dengan ayaq garam. Berserah sajalah. Tak mampu dah. After that, keadaan dah stable sikit. Pedih hidung + sesak nafas still terasa. Cuma batuk kuat yang ta bole tahan. Adik tu tinggalkan aku duduk tepi jalan, then dia pegi basahkan baju yang dia pegang dengan air. Sapu muka. Hahhhh..Lega sikit. Alhamdulillah.

Trauma? Oh. Terkesima sekejap merasai pengalaman itu ! Macam ni rupanya rasa asap pemedih mata. Rasa nak matiiiiiiii. Sesak gile. Keadaan da stable. Sedar-sedar aku dah berlari sampai depan SOGO. Group members yang lain? Takde pon. Rupanya dyorang ikut simpang ke Masjid India. Aku je yang terlepas kat situ. Takde sape pon aku kenal kat situ rasanya. Adik yang tolong aku tu setia sampai aku kata OK. Ops. Nama adik tu Haris. Student lagi. Baru umur 20 taun. Jazakallahu khayran katsira dik! Katanya "walaupun saya belum layak mengundi, tapi saya tetap perjuangkan keadilan". Bagus semangat tu diik !

Lepas tu, bertalu-talu call masuk. Mana taknya. Aku tak sms lapor diri ke bilik gerakan. Selamat ke tak dyorang tak maklum. huhu.Takde line phone b4 tu. Disekat? 

Alhamdulillah. ada ikhwah yang datang jemput aku dari situ menuju LRT Dang Wangi. Satu group lagi di Masjid Jamek. Sume da berkumpul, gerak balik. 

Di LRT Setiawangsa, terjumpa IM Azhar ! Alone.
IM Ghazali..? erkkkkk...confuse nama bapak. hehe. Sorry.
Sempat borak kejap.


 Dalam masa dok tunggu sorang sahabat aku yang stuck kat Masjid Jamek, pakcik-pakcik yang lalu tepi tangga aku duduk tu pulak dok semangat angkat tangan kat aku sambil kata "ya....BERSIH 3.0!". Ada yang snap gambaq aku pon. Semangat orang muda kata sorang pakcik nie. Hmmm. Pape jela pakcik...


Malam tu, jumpa schoolmate aku sorang lagi. Hafiz Salleh. Stuck kat Sentul dari kul7 sampai nak dekat kul12 malam. Kesian giler. Pegi jemput dia & hantar ke Taman Melewar. Dengaqnya rmai jugak budak2 skolah aku yang turun. Terbaekkkk lah!
Kita menyokong apa yang haq. Kan? Hmm. Dok membelek-belek gambaq BERSIH 3.0 yang bersepah kat FB, ternampak kelibat cikgucikgu sekolahku. hehe. Ramai rupanyaa..

# Serba sedikit catatan pengalaman BERSIH 3.0.
BERSIH 3.0 yang mengujakan ~!

# Hanya orang yang pegi, merasai manisnya perjuangan ! hehe.

OK, jumpa lagi di next entry insyaAllah.
Assalamu'alaykum.

Wednesday, May 2, 2012

'Ini baju kuning tangkap'

Dr Abdul Aziz Bari
11:18AM Mei 3, 2012
SAKSI MATA Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. |

Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".

Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."

Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"

Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

Macam samseng
Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.

Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal."

Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.

Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.

Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.

Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.

Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".

Gambaran kebodohan dan ketakutan

Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.

Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.

Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.

Pesta pukul orang
Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."

Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.

Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.

Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.

Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.

Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.

Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.


NONEDR ABDUL AZIZ BARI pakar perlembagaan dan bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau antara yang ditahan semasa perhimpunan BERSIH Sabtu lalu. Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Tuesday, May 1, 2012

Demo : Pengalaman seorang wartawan

Oleh Saiful Hisyam Md Salleh

Sabtu lepas, berlangsungnya satu perhimpunan Bersih 3.0 yang mana rata-rata rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengannya beberapa minggu lalu. Perhimpunan itu diumumkan oleh pengerusi bersama Bersih 2.0 iaitu Datuk A Samad Said dan Datuk S Ambiga. Ini adalah kali pertama aku menulis dan kebiasaannya aku mendokumenkan sesuatu cerita menggunakan visual. Jadi maafkan aku jika penulisan aku tampak hambar. Harapan aku pada pembaca agar dapat meluangkan sedikit masa membaca artikel ini hingga ke akhir kalam.

Aku rasa terpanggil untuk menulis ini bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak. Baik pihak Polis Di Raja Malaysia, Bersih 3.0 dan juga DBKL. Aku harap pembaca semua jelas dengan kedudukan aku sebagai wartawan video, aku cuba sebaik mungkin untuk tidak berat sebelah dalam penulisan aku ini. Aku menulis berdasarkan pendapat sebagai seorang wartawan video.

Tepat jam 8 pagi aku tiba di Masjid Jamek dengan membonceng motosikal seorang teman dari media antarabangsa. Setibanya aku di lokasi, aku dapat lihat ramai golongan anak muda dari pelbagai etnik bangsa berpusu-pusu untuk hadir ke pintu masuk Dataran Merdeka. Kelihatan juga golongan pertengahan umur dan beberapa OKU sedang duduk berehat dibahu-bahu jalan dan kaki lima OCBC Bank.
Hampir 20 minit aku cuba manfaatkan masa tersebut untuk menghantar visual yang paling awal untuk tontonan pembaca di FMT dan juga warga YouTube di seluruh dunia yang mengikuti arus perdana politik Malaysia. Setelah video pertama dimuat-naik, aku mundar-mandir dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka bagi mendapatkan lagi visual yang menarik.

Secara jujurnya, aku dan beberapa wartawan merasa teramat bosan mungkin kerana sepanjang liputan yang melibatkan demonstrasi, kami lebih banyak berarak. Tapi kali ini hanya sekadar duduk. Jadi mungkin ada dikalangan pembaca yang menghadiri perhimpunan tersebut dapat melihat terlalu banyak wartawan video dan foto berlegar-legar untuk mendapatkan shot yang menarik.

Setelah siap mendapatkan visual terbaru untuk jam 1 tengahari dan bersedia untuk dimuat-naik, aku sempat berbual-bual dengan beberapa anggota polis yang bertugas pada hari tersebut ketika sedang membuat sedikit suntingan pada visual yang hendak dihantar. Semuanya ramah dan senang didekati. Ada juga yang merungut hanya sempat menonton sebahagian dari filem The Avengers, kerana dipanggil bertugas.

Ketika sedang cuba memuat-naik visual, tiba-tiba kedengaran hiruk-pikuk anggota polis yang sedang makan dan berehat meluru ke atas Jalan Tun Perak dan pasukan FRU sedang bersiap sedia di posisi masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Aku terpaksa membatalkan usaha aku memuat-naik visual dan segera ke bahagian hadapan polis. Suasana makin hangat ditambah pula dengan panas terik, aku dan beberapa wartawan lain bersepakat untuk mengambil gambar dari dalam Dataran Merdeka.

Setelah berjaya masuk kami kemudian berpecah cuba mendapatkan sudut masing-masing. Waktu menunjukkan hampir jam 3 petang. Aku cuba mencuri masa untuk memuat-naik semula visual yang tergendala sebentar tadi. Namun usaha itu sekali lagi gagal kerana dengan tidak semena-mena sorakan dari peserta demonstrasi bergema kuat,  mereka merempuh kawat duri dan pagar sementara yang dinaikkan oleh DBKL dan polis. Pengamal media yang bertugas lintang-pukang menyelamatkan peralatan mereka. Anggota polis barisan hadapan juga bertempiaran lari.

FRU bertindak
Susulan kejadian yang langsung tidak dijangkakan ini, pihak FRU mula bertindak dengan menyembur air dan gas pemedih mata bertubi-tubi. Ada juga kelihatan sekumpulan lelaki berpakaian kuning melontar batu ke arah kami dan juga pihak polis. Seperti media lain, apa pun yang berlaku, akan kami cuba sehabis baik merakamkan situasi tersebut. Waktu menunjukkan hampir jam 4 petang dan pihak polis mula berjaya membuat tangkapan.

Malangnya setiap kali tangkapan dibuat, kami sebagai media tidak dibenarkan merakamkan kejadian tersebut. Ketika aku mengejar sekumpulan polis dari belakang yang sedang mengheret seorang peserta perhimpunan, kelihatan wajah lelaki tersebut berlumuran darah dan aku tidak berhenti merekod hinggalah aku diserang seorang polis. Polis tersebut mengherdik aku untuk memadamkan kamera. Tak cukup dengan itu salah seorang polis bertindak bacul menyimbah kamera aku dengan air.

Aku mula merasa pelik kerana sepanjang tujuh tahun bertugas sebagai media tidak pernah sekalipun dilayan sedemikian oleh pihak polis. Mana pergi sikap polis yang ramah dan mesra tadi? Tidak berfikir panjang aku beredar dari situ bagi mencari posisi yang lebih selamat. Aku menghampiri beberapa media lain dan mereka juga menyatakan dilayan sedemikian. Aku hairan, apakah pengamal media ini merupakan satu ancaman pada pihak polis juga?

Pihak DBKL juga tidak terlepas dari bertindak seperti polis dan cuba mencederakan aku. Pekikan seperti “kau tak blah (pergi) aku tangkap kau!” sambil merentap beg sandang aku, terang-terang cuba mengugut media yang bertugas. Aku hanya mempersoalkan adakah di bawah bidang kuasa DBKL, mereka juga boleh membuat tangkapan? Jika boleh, di manakah orang yang ditangkap akan dibawa? Setor simpanan peralatan kebun DBKL? Aku tak pertikai pihak polis dan DBKL yang bertugas, tapi apa rasionalnya menyerang media yang juga bertugas? Kami juga bertugas seperti anda. Mungkinkah kerana pekerja DBKL yang pernah cuba memohon sebagai anggota sebagai polis tapi gagal, lalu berangan cuba bertindak seperti lagak polis? Ini memalukan!

Siang tadi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien mengeluarkan kenyataan bahawa rampasan kamera dan kad memori adalah sebahagian dari SOP (Standard Operation Procedure) polis. Sejak bila? Atas dasar apa rampasan itu dibuat? Apa yang KDN dan pihak polis cuba sorok? Tripod milik rakan media juga dirampas. Tripod bukan boleh merakamkan visual. Aku tak rasa polis begitu bodoh hingga perlu merampas tripod. Kami sebagai pengamal media hanya mahukan semua pihak hormati yang kami sedang bertugas seperti mana kami menghormati anda semua bekerja. Kenapa terlalu agresif hinggakan ada pengamal media yang lain cedera parah? Kenapa mesti bertindak hingga memukul media yang bertugas? Tindakan seperti ini serta-merta mencalarkan imej polis yang kononnya mesra tetapi tidak ubah seperti beruk terkinja menyerbu dusun orang. Sangat jelik!

Tidak cukup dengan kekerasan tindakan polis dan DBKL, ditambah pula para peserta demonstrasi yang taksub menghenyak seorang jurugambar media tempatan hingga pecah kepala. Sumber yang dikeluarkan  media arus perdana dan online, beliau cuba mengeluarkan anggota polis dari kenderaan yang terbabas. Namun niat baik beliau disalah tafsir. Peserta demo terus membelasahnya tanpa usul periksa. Ya benar, jika seseorang pengamal media melibatkan diri dalam sesuatu situasi begini boleh dikira melanggar etika kewartawanan. Namun tidak bolehkah peserta demonstrasi ini melihat dari sudut kemanusiaan? Dan semua pengamal media yang dibelasah, dirampas kamera, tripod dan juga kad memori, masing-masing mengenakan tag media Kementerian Penerangan di leher mereka. Bukan tag yang dilaminat di kedai alat tulis! Kegilaan apa ini?

Akhir kalam, buat sahabat media yang tercedera akibat dipukul peserta demonstrasi dan juga polis, aku mendoakan kalian agar cepat sembuh dan dapat  bertugas semula. Moga dengan apa yang berlaku tidak mematahkan semangat kalian untuk terus menyebarkan maklumat pada semua. Aku juga berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menguraikan segala yang tersimpul di fikiran kami. Minta maaf sahaja tidak memadai. Untuk pengetahuan anda, burung kakak tua pun boleh diajar minta maaf.
Penulis merupakan wartawan video freemalaysiatoday.com